33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hafiz Mahamad Syukur Dikurniakan Isteri Handal Di Dapur – ‘Setiap Kali Aina Masak, Rasa Macam Dia Nak Pikat Saya’

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang bukan sahaja cantik dan penyayang, malah rajin serta pandai memasak.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad & Isteri Buat Piza Bukan Untuk Tumpang Populariti Sesiapa – ‘Kami Nak Belajar, Aina Pun Suka Makan’

    Aina rajin memasak

    Menerusi hantaran di TikTok, Hafiz berkata, setiap kali isterinya, Syafiqah Aina menyediakan makanan, dia seakan-akan terasa seperti sedang dipikat semula oleh wanita yang dicintainya itu.

    Isteri rajin memasak, itu merupakan satu rezeki untuk suami. Saya tengah rehat dalam bilik, tiba-tiba isteri suruh turun makan. Turun-turun je, satu rumah bau sedap.

    Pada saya, setiap kali isteri masak, rasa macam dia nak pikat hati saya. Walaupun ‘cringe’ dengar, namun itu lah hakikatnya.

    Dalam pada itu, Hafiz turut menegaskan bakat memasak Aina bukanlah semata-mata kerana bantuan pembantu rumah, sebaliknya datang dari keikhlasan dan minatnya sendiri.

    Ada yang pernah cakap isteri saya pandai dan rajin memasak disebabkan ada pembantu rumah yang ramai. Sakitnya hati bila orang cakap isteri saya begitu. Saya kenal isteri saya bagaimana.

    Kalau ada pembantu rumah 100 orang sekali pun, tetapi jika diri sendiri tidak mahu buat, tidak jadi juga.

    Video

    MENARIK:  [VIDEO] Puteri Sarah Bangga Anak Dapat ‘Straight A’, Netizen Komen Boleh Jadi Ustaz – ‘Baru Betul Syaikhul Islam, Subjek Agama 100%’
    " data-video-id="7536863499687890196" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @hafizmahamad

    Dia masak selalu sedap !

    ♬ original sound – Hafiz Mahamad – Hafiz Mahamad

    Sumber: TikTok

    The post Hafiz Mahamad Syukur Dikurniakan Isteri Handal Di Dapur – ‘Setiap Kali Aina Masak, Rasa Macam Dia Nak Pikat Saya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah