
Pelawak, Mamat Sepah menyifatkan perpisahan sementara yang terjadi sebelum ini dengan rakan baiknya, Shuib membawa seribu satu hikmah dalam hubungan persahabatan mereka.
Kembali terjalin

Mamat atau Mohd Noor Murad, 39, berkata, pertemuan semula antara mereka itu juga membawa rezeki apabila mereka dapat mengerjakan ibadah umrah bersama.
Terpisah hanya untuk sementara agar faham erti persahabatan. Tak terduga hadir beribadah bersama di sini (Makkah) dengan membawa sejuta kisah.
Semoga teman-teman yang lain menjadi tetamu istimewa di sini satu hari nanti, amin.
Mamat berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada perkongsian sama, Mamat juga memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya mencium kepala Shuib dengan berlatar belakang Kaabah.
Sementara itu, Shuib di ruangan komen berdoa agar hubungan persahabatan mereka kekal hingga syurga.
Cerita kita luar biasa, Allah tulis untuk kita faham apa itu erti persahabatan. Semoga kita bersahabat sampai syurga Mat (Mamat).
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya gembira melihat dua pelawak kembali bersatu dan mendoakan hubungan mereka kekal selamanya.





