Fenomena alt-pop antarabangsa, Sombr dilaporkan bakal melancarkan album debutnya yang sangat dinanti-nantikan, I Barely Know Her pada 22 Ogos ini menerusi Warner Records.
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Bakal Lancar Album Duet Penuh Kolabrasi Penyanyi Malaysia & Indonesia – ‘Saya Fikir Kenapa Tidak Terus Buat Album’
Nama melonjak naik

Sombr atau nama sebenarnya Shane meluahkan rasa gembira apabila dapat berkomunikasi dengan orang lain menerusi muzik yang dihasilkan.
Saya menghasilkan seni yang saya rasa magis dan ia akan menemui jalannya tidak kira apa pun.
Saya benar-benar mencintai seni dan selagi saya dapat menggunakan apa sahaja yang ada dalam diri saya untuk mencipta sesuatu yang memberi inspirasi kepada lebih ramai orang, saya gembira.
Album tersebut dijangka melonjakkan nama penyanyi berusia 20 tahun itu ke status ‘superstardom’ susulan kejayaan luar biasa sepanjang tahun 2025 serta siri jelajah konsert utama dan arena yang habis terjual di seluruh dunia.
Lebih menarik, album itu juga mendapat sentuhan penerbit legenda yang disegani, Tony Berg (Phoebe Bridgers, Boy Genius, The Replacements, Aimee Mann, Michael Penn).
Untuk rekod, Sombr mula mendapat perhatian dunia dengan single debutnya Caroline yang mencatat lebih sejuta strim pada minggu pertama dan kini melepasi 38 juta strim di Spotify.
Sementara itu, karyanya yang turut mendapat sambutan termasuk Willow, Would’ve Been You (45 juta strim) dan Do I Ever Cross Your Mind (13 juta strim).
Tersenarai dalam Billboard 21

Tidak hanya itu, pada tahun ini juga, Sombr disenaraikan dalam Billboard 21 Under 21 yang mengiktiraf artis muda paling berpengaruh dalam membentuk masa depan industri muzik.
Malah, dia juga menerima pencalonan di MTV Video Music Awards 2025 (Artis Baharu Terbaik & Video Alternatif Terbaik).
Single terbaharunya, 12 to 12 juga meraih sambutan dan menjadi kegemaran peminat di platform penstriman, sekali gus meningkatkan jumlah pendengar bulanannya di platform Spotify kepada lebih 3.6 juta.
Terdahulu, Sombr baru sahaja menamatkan Jelajah Amerika Utara 2024, yang merangkumi persembahan habis jual di bandar-bandar utama seperti New York, Los Angeles, Atlanta dan Toronto.
Persembahan penutup di lokasi ikonik The Troubadour di Los Angeles mendapat pujian luas daripada penerbitan muzik kerana persembahan yang memukau dan bertenaga.
The post Hadiah Buat Peminat, Sombr Bakal Lancar Album ‘I Barely Know Her’ 22 Ogos Ini first appeared on OHBULAN!.





