28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Govinda ‘Hadiahkan’ Peminat Malaysia Dokumentari Album Govinda Live Studio Session 2023, Dendang Lagu Engkau Laksana Bulan

    Shopee Sale



    Foto: Bangsawan Pictures

    Kumpulan terkenal Indonesia, Govinda memberi kejutan istimewa buat penonton yang hadir ke konsert Govinda Hal Hebat yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Kejutan buat peminat Malaysia

    Foto: Bangsawan Pictures

    Govinda telah menayangkan dokumentari pembikinan Album Govinda Live Studio Session 2023 khas buat peminat di Malaysia.

    Menurut vokalis Govinda iaitu Ifan memaklumkan bahawa mereka tidak pernah menyiarkan dokumentari tersebut di mana-mana platform media sosial. Tambahnya lagi, peminat Malaysia yang hadir ke konsert Govinda Hal Hebat merupakan saksi pertama yang menontonnya.

    Dokumentari itu menunjukkan perjalanan kumpulan Govinda melakukan rakaman 12 lagu di Abbey Rod Studio, Whesminster, London.

    Konsert yang berlangsung selama hampir 2 jam 30 minit itu turut menyaksikan kumpulan Govinda mempersembahkan lagu ‘Engkau Laksana Bulan’ sebagai penghormatan kepada legenda muzik Malaysia, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

    Kami sangat berbangga dengan bakat yang ada pada pemuzik dari Malaysia dan banyak ilmu yang kami pelajari daripada mereka.

    Bukan itu sahaja, mereka juga menjadi inspirasi dan idola kami dalam bidang muzik.

    Dalam pada itu, kumpulan Govinda meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia. Malah mereka juga terharu dengan sambutan hangat oleh para penonton yang hadir ke konsert Govinda Hal Hebat.

    MENARIK:  Intan Najuwa Berang Netizen Persoal Pakai ‘Bathrobe’ Saiz XXS – ‘Amboi Mulut Kau, Saya Tak Adalah Gabak Mana Pun’

    Konsert Govinda Hal Hebat juga turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa Aina Abdul, Ernie Zakri, Elica Pujin dan vokalis kumpulan Padi, Fadly.

    Govinda telah menyampaikan lebih kurang 19 buah lagu antaranya Tentang Rasa, Mantan Terindah, Setengah Mati Merindu, Tanpa Batas Waktu, Masing-masing dan Hal Hebat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah