Pembantu peribadi kepada Bella Astillah iaitu Niel Rafeq, tampil membuka mulut mengenai isi membabitkan penyanyi itu bersama pelakon Sophia Albarakbah di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025), pada Ahad malam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Rasa Kena Sindir, Mungkin Itu Cara Bella Sampaikan Anugerah’ – Sophia Albarakbah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah & Sophia Albarakbah Janggal Di Atas Pentas AMT25 – ‘Saya Kenal Sangat’
‘Kawan terdekat tahu apa dia buat dekat Bella’

Menerusi hantaran di Instagram Story, Niel memberi bayangan bahawa situasi ‘janggal’ semasa penyampaian anugerah itu bukan berpunca daripada sikap Bella, sebaliknya berlaku disebabkan sejarah peribadi dan luka lama yang berlaku di antara dua selebriti berkenaan.
Menurut Niel, reaksi Bella yang kelihatan gugup dan tidak selesa ketika berada sepentas dengan Sophia adalah kerana kesan trauma yang masih tersisa dalam dirinya.
Kawan yang terdekat je tahu apa dia ni buat kat hidup Bella dulu dan itu bukan cara Bella menyampaikan anugerah tapi tadi jadi macam tu mungkin pada orang yang dah memberi trauma pada hidup dia. Dia gigil sebab dia trauma.
Dia je pernah nampak apa yang orang tak tahu sehingga harini. Sebab Bella selalu pesan pada kami yang penting Allah tahu.
Dia selalu percaya Allah akan sayang dan beri yang terbaik buat orang yang sabar.
Kenyataan itu seakan menjawab kritikan sesetengah pihak yang menyifatkan Bella sengaja menunjukkan reaksi dingin terhadap Sophia.
Namun hakikatnya, apa yang berlaku di pentas itu tidak dirancang, sebaliknya refleksi emosi seorang wanita yang pernah terluka.
Sementara iNiel juga seakan menyindir individu tertentu yang cuba berlagak tidak bersalah di khalayak walaupun menjadi punca penderitaan orang lain sebelum ini.
Jangan buat innocent
Sumber: Instagram Niel Rafeq
The post ‘Gigil Sebab Trauma, Orang Terdekat Tahu Apa Dia Buat Dekat Bella’ – PA Dedah Punca Reaksi Janggal Dengan Sophia Albarakbah first appeared on OHBULAN!.





