32.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cara Beri Nasihat Dibandingkan, Ini Respon Azza Elite – ‘Bagi Dia Ruang..Buat Kawan Gembira & Selesa Jumpa Kita’

    Shopee Sale

    Penyanyi Azza Elite, tampil menjelaskan bahawa dia mempunyai cara tersendiri untuk menasihati rakan-rakannya yang sedang diuji dengan masalah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi & Azza Elite Berpelukan Selepas Baca Berita Marissa Dania Dalam Proses Cerai – ‘Jadi Versi Lebih Baik Selepas Ini’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ucapan & Luahan Abby Abadi Sempena Hari Lahir Anak Undang Perhatian – ‘Kalau Mama, Abah Sakit Atau Meninggal Jangan Datang Tau’

    Cara yang berbeza

    Menerusi hantaran di Threads, Azza atau nama lengkapnya Nor Azzarima Zawari, 48, berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak mencampuri urusan peribadi rakan-rakannya.

    Menurut Azza, dia lebih selesa berkongsi mengenai perkara lain yang lebih bermanfaat berbanding berbincang mengenai masalah peribadi mereka.

    Ada orang bandingkan cara saya dan seorang lagi kawan tentang nasihat.

    Setiap orang tak sama, saya memilih tidak terang-terangan tapi dengan kelembutan dan memberi satu senyuman tanpa memberikan tekanan pada seseorang individu.

    Tak pernah saya campuri urusan orang, kalau berjumpa takkan saya nak tanya atau bahaskan isu semasa?

    Lebih baik saya bercakap bagaimana nak jadi lebih berjaya, nak jadi lebih baik, jauh dari isu semasa.

    Boleh memberi vibes orang suka keluar dengan kita dan kawan kita lebih selesa.

    Tambah Azza, sebagai seorang sahabat, dia mahu memberikan ruang kepada rakannya untuk menikmati masa bersama tanpa membuatkan mereka terus memikirkan masalah yang sedang dihadapi.

    Hubungan persahabatan 30 tahun, kita tahu dia selesa kawan dengan kita. Kita tahu macam mana cara nak tackle kawan kita dan tahu dia ada kita.

    Cuba bayangkan, bila keluar cakap pasal isu semasa, boleh gilalah kawan kita. Dekat sini nak cerita, dekat dalam kereta nak bercerita.

    Biar kawan tu selesa semasa jumpa dengan kita, jangan keluarkan cerita-cerita yang bagi dia ingat tentang masalah dia.

    Bagi sedikit ruang, dia lupa masalah semasa berjumpa dengan kita. Buat dia gembira dan selesa bila berjumpa.

    Dalam pada itu, rakan baik dan juga aktres Abby Abadi, dilihat bersetuju dengan pandangan Azza serta turut memberikan respon.

    Saya tak ada cerita apa-apa pada kawan-kawan. Apa urusan pun tanggung sendiri, telan sendiri selama hari ini.

    Jumpa kawan-kawan pun sebab ada urusan. Tak ada nak cerita pasal rumah tangga, memang jenis tak suka bercerita.

    Kawan-kawan terdekat pun tak tahu, sebab masing-masing ada masalah sendiri.

    Tiba-tiba kawan jauh pula komen, macam serba tahu sangat. Semua dalam poket katanya.

    Sumber: Thread

    MENARIK:  Netizen Tanya Mana Emma Maembong, DJ Kidd Selamba Jawab ‘Ada Dalam Hati’ – ‘Wah Sweet Lah Abang Ni’

    The post Cara Beri Nasihat Dibandingkan, Ini Respon Azza Elite – ‘Bagi Dia Ruang..Buat Kawan Gembira & Selesa Jumpa Kita’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah