Penyampai radio dan pengacara, Sharifah Shahirah meluahkan rasa bangga terhadap anaknya, Audra atau lebih mesra dikenali sebagai Odah, yang semakin menyerlah dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Shahirah Kongsi Keadaan Salih Yaacob, Sumbangan Dialukan Tetapi Bukan Makanan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Shahirah Bawa Odah Tunai Zakat – ‘Walaupun Sikit Awak Bayar Tapi Cakna’
Bangga dengan kejayaan anak

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, 51, terkenang momen dirinya yang pernah aktif sebagai pengacara suatu ketika dahulu.
Dalam pada itu, Shiera sempat berseloroh dengan memaklumkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah timang Odah sewaktu kecil.
Dulu kita buat show tapi mengacara baca nombor bertuah.
Sekarang dapat anak cari duit untuk ekonomi.
Yang dia minat, teruskan.
Tak sia-sia Tok Ti (Siti Nurhaliza) timang dulu.
Pelapis Stacy




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut kagum melihat pencapaian Odah sekali gus menyifatkan sebagai ‘Stacy kedua’. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Odah terus maju kehadapan dengan bakat yang dimiliki.
Sumber: Threads @shieraijoy
The post Sharifah Shahirah Bangga Lihat Audra ‘Perform’ – ‘Tak Sia-Sia Tok Ti Timang Dulu’ first appeared on OHBULAN!.





