30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Emma Suhaimi Nekad Diet, ‘Hilang’ 16kg Demi ‘Tersakiti’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Emma Suhaimi nekad menjaga pemakanan untuk menurunkan berat badan sebanyak 16 kilogram (kg) sebagai persediaan untuk kembali ke dunia seni selepas 16 tahun menyepi.

    Artikel Berkaitan: ‘Adnan..Bila Tak Mampu Beri Bahagia, Jangan Hulurkan Sengsara & Sakit Berpanjangan’ – Kakak Adira Suhaimi

    Artikel Berkaitan: Adira & Datuk Red Didakwa Sudah Kembali Rujuk? Kakak Respon – ‘Celah Mana? Satu Keluarga Terkejut’

    Turun berat badan

    Ketika ditemui , Emma, 37, berkata perubahan fizikal yang mengambil masa kira-kira enam bulan itu dilakukan kerana mahu tampil dengan imej berbeza menerusi lagu terbaharunya, Tersakiti.

    Takkanlah buat comeback tapi sama saja macam dulu, tak ada yang berbeza. Saya mahu lakukan sesuatu perubahan agar penampilan nampak lebih baik.

    Sasaran saya nak dapatkan berat badan ideal 52 kilogram.

    Emma berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran single Tersakiti yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Kata kakak kepada penyanyi Adira itu, dia memulakan amalan diet sejak penghujung Mac lalu dan masih mengekalkan rutin diet sehingga kini.

    Bercerita lanjut, Emma menyifatkan sarapan sebagai hidangan penting yang banyak membantunya mengekalkan rasa kenyang sepanjang hari.

    Bila dah ambil protein pagi-pagi kuranglah rasa lapar. Mungkin petang baru rasa nak makan, itu pun saya hanya ambil tembikai atau jeruk timun.

    Saya juga ada buat aktiviti seperti brisk walk dan mendaki, itulah antara amalan yang saya buat untuk turunkan berat badan.

    Dalam pada itu, Emma mengakui keputusan untuk mengamalkan diet turut didorong oleh pengalaman pahitnya yang pernah berdepan cemuhan fizikal.

    Saya dah lali dengan body shaming, sakitlah juga. Ada ke dia cakap kita gemuk. Memanglah kita gemuk waktu itu tapi tak perlulah nak cakap begitu.

    Waktu itu berat badan saya hampir 80 kilogram juga. Tak ada benda yang perlu saya fikir jadi asyik makan saja. Tak jaga gaya hidup.

    Bila asyik kena tinggal saja (putus cinta) mungkin sebab itu juga saya perlu turunkan berat badan.

    Selain itu, Emma mendedahkan dia pernah menerima teguran daripada bekas kekasihnya sendiri apabila bentuk badannya kelihatan semakin berisi.

    Sebelum ini ada saja teman lelaki yang menegur tentang berat badan saya. Dia cakap, ‘makin naik (berat) awak.’

    Reaksi saya okay saja tapi dalam hati terfikir juga bila kekasih mula tegur, tapi waktu itu masih tak sedar diri lagi.

    Untuk rekod, lagu Tersakiti merupakan ciptaan sepenuhnya komposer Indonesia, Ilham Baso.

    MENARIK:  ‘Aku Pernah Terlanjur…’ – Isteri Penat Dihantui Rasa Bersalah, Suami Pula Memberi Layanan Sempurna

    Muzik video rasmi lagu tersebut juga menerima sambutan positif apabila meraih lebih 200,000 tontonan di YouTube dalam tempoh sebulan sejak dimuat naik.

    The post [VIDEO] Emma Suhaimi Nekad Diet, ‘Hilang’ 16kg Demi ‘Tersakiti’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah