30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amerul Affendi Teringin Bawa Watak Romantis

    Shopee Sale

    Pelakon Amerul Affendi mengakui bahawa sepanjang pembabitannya dalam dunia lakonan, dia masih belum pernah diberi peluang membawakan watak romantis.

    Teringin bawa watak romantis

    Ketika ditemui Amerul atau nama lengkapnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 38, berkata, kebanyakan watak yang dilakonkannya lebih tertumpu kepada elemen kekeluargaan, pengorbanan, konflik berat dan bukannya cinta.

    Setakat ini, dalam dunia lakonan saya, masih belum dapat lagi karakter bercinta

    Memang tiada (tawaran) langsung setakat ini.

    Amerul berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem Martabat Misi Berdarah di Mid Valley pada Selasa.

    Bagaimanapun, pelakon flem 6 Jilake itu menganggap perkara tersebut sebagai satu cabaran dalam kerjayanya selain berharap suatu hari nanti diberi peluang untuk mencabar dirinya dalam naskhah bergenre romantik.

    Bila tak pernah dapat, saya anggap itu antara cabaran sebagai pelakon. Nak cabar kemampuan diri berlakon filem atau drama cinta.

    Macam saya cakap sebelum ini, hantu pun saya okey. 

    Sedihkan dengar? Sudah sampai tahap begitu.

    Dalam perkembangan lain, Amerul tampil dalam filem Martabat Misi Berdarah arahan Zahiril Adzin dan Adrian Teh.

    MENARIK:  Nora Danish Kongsi Tips Khatam Al-Quran Di 10 Ramadan Terakhir – ‘Kurangkan Aktiviti Yang Tak Perlu, Fokus Pada Bacaan’

    Naskhah tersebut yang akan mula ditayangkan 12 Jun iaitu esok turut dibintangi Fad Bocey, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi dan Elvina Chua. 

    The post Amerul Affendi Teringin Bawa Watak Romantis first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah