27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fiziwoo Kongsi Kisah Di Sebalik Rekaan Kebaya Payet Bunga Teluki Digayakan Bella Astillah

    Shopee Sale

    Pereka fesyen terkenal, Fiziwoo berkongsi kisah di sebalik penghasilan busana anggun yang diberi nama Kebaya Payet Bunga Teluki.

    Artikel Berkaitan: ‘Orang Hanya Nampak Sisi Glamor’ – Fiziwoo Akui Dunia Fesyen Tempatan Tidak Seindah Disangka

    Artikel Berkaitan: Fiziwoo Kunci Mulut Setahun, Dakwa Kolar Kurta & Motif Sampin Diciplak Jenama Tempatan – ‘Sepandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Juga’

    Inspirasi bunga teluki

    Menerusi hantaran di Threads, Fiziwoo menjelaskan rekaan kebaya berona coklat itu mendapat inspirasi daripada keindahan bunga teluki yang terkenal dengan susunan kelopaknya yang berlapis-lapis.

    Bunga teluki dikenali melalui susunan kelopak bunganya yang berlapis-lapis, lembut dan beralun. Keindahan bunga ini terletak pada bentuknya yang rumit serta kelopak yang tersusun rapi, sekali gus menghasilkan penampilan yang penuh dan mempesona.

    Mengulas lanjut mengenai perincian busana tersebut, Fiziwoo yang diasaskan oleh dua figura hebat berkata keunikan bentuk kelopak bunga teluki diterjemahkan menerusi teknik sulaman manik yang menghiasi kebaya berkenaan.

    Keunikan susunan kelopak inilah yang menjadi inspirasi kepada motif sulaman manik pada kebaya payet tersebut. Lapisan kelopak bunga diterjemahkan menerusi penggunaan manik yang dijahit satu demi satu, menghasilkan tekstur dan kesan timbul secara berperingkat pada permukaan busana.

    Rekaan berkenaan bukan sahaja mengetengahkan keindahan bunga teluki, malah memperlihatkan ketelitian dan kemahiran dalam menghasilkan sulaman manik yang memberikan tekstur tersendiri pada busana tradisional itu.

    MENARIK:  Kisah Duka Rossa Guna Lagu OST Ayat-Ayat Cinta 2 Menyentuh Hati Netizen - ‘Semoga Kalian Kuat & Sabar’ [VIDEO]

    Terdahulu, Kebaya Payet Bunga Teluki itu telah digayakan oleh penyanyi dan pelakon, Bella Astillah ketika menghadiri sebuah acara yang berlangsung baru-baru ini.

    Sumber: Threads

    The post Fiziwoo Kongsi Kisah Di Sebalik Rekaan Kebaya Payet Bunga Teluki Digayakan Bella Astillah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah