25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fiza Frizzy Tegur Sikap Seorang Penyampai Radio? – ‘Pamer Watak Sopan, Sebenarnya Manusia Paling Biadab’

    Shopee Sale

    Pengacara, Fiza Frizzy meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap seorang individu yang juga dipercayai penyampai radio sebuah stesen tempatan.

    Artikel Berkaitan: #SFMM38: Gaya Pengacaraan Fiza Frizzy Dipuji Netizen – ‘Bolehlah TV3 Kekalkan Dia Untuk AJL38’

    ‘Attitude jaga’

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Fiza atau nama sebenarnya Nur Hafizah Md Saad, 37, menegur kelakuan individu tersebut yang disifatkannya jauh berbeza daripada apa yang dipamerkan di media sosial.

    Saja lah nak beritahu, boleh je nak join jadi penyampai radio, pengacara TV, tapi attitude kena jaga.

    Mungkin sekarang radio itu tak nampak, awak pula pamerkan watak terpaling lembut dan sopan.

    Tapi kami tahu awak lah sebenarnya manusia paling biadab.

    Dalam hantaran sama, Fiza memberitahu, orang ramai sering terperdaya dengan imej lembut dan sopan individu tersebut, hakikatnya perangai sebenar tidak seindah yang ditonjolkan.

    Daripada menjual tudung, kerja dekat radio. Kemudian awak kembali semula jual tudung, sekarang nak join radio yang warna hijau.

    Kesian netizen, sentiasa terpedaya dengan benda yang dalam sosial media. Tak hadap tak hamak.

    Begitu pun, Fiza tidak menyebut nama mana-mana pihak atau memberi bayangan individu yang dimaksudkannya itu.

    MENARIK:  Pump RM40 Terus Dapat RM20? Caltex Datang Dengan Promo Paling Padu!

    Sumber: Instagram

    The post Fiza Frizzy Tegur Sikap Seorang Penyampai Radio? – ‘Pamer Watak Sopan, Sebenarnya Manusia Paling Biadab’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah