31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Fitnah Saya Diberi Peluang Jaga Anak Selama Sebulan Kerana Bakal Dipenjarakan, Langsung Tidak Benar’ – Jofliam

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi Jofliam berkongsi bahawa anak-anaknya iaitu Han dan Yuki akan berada di bawah jagaannya selama tiga bulan.

    Artikel Berkaitan: ‘Semoga Jiwa Yang Dikhianati Kembali Bertemu Cahaya’ – Cik Epal 

    Artikel Berkaitan: Jofliam Mahu Berubah, Hadiahkan Lampu Kuda Secara Percuma Kepada Individu Bukan Islam – ‘Saya Rasa Tak Sedap Hati’

    Jaga anak-anak

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Jofliam mendedahkan mesej daripada bekas isterinya, Cik Epal yang dihantar kepada Han.

    Cik Epal memaklumkan bahawa dia tidak dapat bersama anak-anak berikutan tuntutan kerja dan jadual yang terlalu padat sehingga Aidilfitri ini.

    Susulan itu, Jofliam menegaskan peluang menjaga anak-anak itu bukan kerana bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

    Fitnah yang mengatakan saya diberi peluang menjaga anak-anak selama sebulan kerana bakal dipenjarakan, langsung tidak benar.

    Saya hairan kenapa puak mental masih tak nak terima kenyataan dengan bermacam-macam fitnah keluar tidak henti untuk menyedapkan hati sendiri.

    Kawal penyokong

    Bagaimanapun, Jofliam tetap meluahkan rasa syukur apabila dapat meluangkan lebih masa bersama kedua-dua cahaya matanya.

    MENARIK:  [VIDEO] Hafiz Mahamad Shocked by Being a Victim of 'Face Shaming' – 'People Don't Understand Deep Scars Take Time to Heal'

    Dalam pada itu, Jofliam turut menggesa Cik Epal untuk menasihati penyokong-penyokongnya supaya tidak mencetuskan sebarang ketegangan.

    Alhamdulillah, Han dan Yuki akan bersama saya sehingga selepas raya, total tiga bulan.

    Saya berharap ibu kandung mereka boleh mengawal sedikit penyokong dan jangan keruhkan keadaan.

    Pada akhirnya, yang menjaga anak-anak saya tetap saya dan mereka memerlukan ayah mereka.

    Jika ibu Han dan Yuki tidak boleh bersama mereka, siapa lagi kalau bukan saya?

    Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata.

    Namun, pasangan itu berpisah selepas 10 tahun bersama.

    Sumber: IG Jofliam

    The post ‘Fitnah Saya Diberi Peluang Jaga Anak Selama Sebulan Kerana Bakal Dipenjarakan, Langsung Tidak Benar’ – Jofliam first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah