Di sekolah, setiap kali perhimpunan, kita berdiri tegak, lafazkan Rukun Negara bersama-sama. Tapi pernah tak kita tanya diri sendiri, apa sebenarnya maksud di sebalik lima prinsip itu?
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, PETRONAS mempersembahkan sebuah filem pendek bertajuk ‘Sepenuh Hati’ yang bakal buat korang tersentuh dan berfikir sejenak.
Filem ini menyentuh isu yang dekat di hati iaitu generasi muda yang mungkin sudah terbiasa dengan lafaz Rukun Negara, namun tidak lagi menghayati maknanya.

Filem pendek ini mengisahkan tentang Cikgu Murni, seorang guru muda yang baru memulakan kerjayanya. Namun, hari pertamanya di sekolah membuka matanya apabila dia mendapati pelajar-pelajar melafazkan Rukun Negara dalam perhimpunan dengan nada sambil lewa dan bergelak ketawa.

Selepas melihat pelajar melafazkan Rukun Negara sambil lewa sewaktu perhimpunan, Cikgu Murni masuk ke kelas dan terus tanya satu soalan yang buatkan semua terdiam.
Apa yang berlaku selepas itu bukan sekadar mengubah suasana dalam kelas, tetapi buat kita sendiri mula terfikir, selama ni kita faham ke Rukun Negara yang kita lafaz setiap minggu?

Selari dengan tema rasmi tahun ini iaitu ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, filem ini membawa mesej mendalam tentang pentingnya nilai dan prinsip yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang.
PETRONAS melalui filem ini mengajak kita untuk kembali menilai dan menghargai lima prinsip Rukun Negara yang menjadi tunjang perpaduan negara sejak sekian lama.
Kalau nak tahu, apa yang dilakukan oleh CIkgu Murni untuk mengubah “mindset” pelajarnya, jangan lupa tonton filem penuh ‘Sepenuh Hati’ di bawah serta di laman rasmi YouTube PETRONAS.
Bukan sekadar filem, tetapi satu peringatan untuk kita semua, agar cintakan negara bukan hanya sekadar laungan, tetapi diamalkan dengan sepenuh hati.
#PETRONASHKHM2025 #PassionateaboutProgress #SepenuhHati
The post Filem Pendek PETRONAS ‘Sepenuh Hati’: Bila Kali Terakhir Kita Hayati Rukun Negara? first appeared on OHBULAN!.





