Pengarah Bebbra Mailin berkongsi pengalaman sendiri ketika berdepan dengan konflik semasa bergelar mualaf lima tahun lalu menerusi filem sulung arahannya iaitu Ninavau.
Artikel Berkaitan: ‘Pastikan Kemenangan Itu Diberikan Kepada Filem Ada Kualiti’ – Sharnaaz Ahmad
Artikel Berkaitan: ‘Babah’ Dominasi FFM34, Rangkul Filem Terbaik
Perkara sensitif
View this post on Instagram
Menurut Bebbra, isu sensitif seperti itu jarang diperkatakan secara terang-terangan meskipun ia adalah situasi yang berkisar di dalam masyarakat.
Saya dibesarkan di Sabah dalam sebuah keluarga Kristian Katolik. Ketika umur 18 tahun saya berhijrah ke semenanjung untuk melanjutkan pelajaran.
Saya memeluk agama Islam pada tahun 2020 dan setiap konflik bersama keluarga yang saya tonjolkan dalam filem ini saya telah laluinya terlebih dahulu.
Isu yang saya mahu angkat adalah penerimaan keluarga dan toleransi masyarakat di Sabah. Pertalian darah tidak akan putus walau apa yang terjadi.
Bercerita lanjut, Bebbra memaklumkan bahawa filem Ninavau pada asalnya dihasilkan sebagai filem pendek, berdasarkan kisah rakannya yang memeluk agama Islam.
Bagaimanapun, selepas dinobatkan sebagai Filem Pendek Terbaik dalam Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) pada 2019, ia telah membuka peluang kepada Bebbra untuk mengangkat karya pertamanya ke layar perak.
Ketika mengarah filem pendek Ninavau saya masih beragama Kristian.
Tetapi ketika mengarah filem pada 2022 saya telah pun memeluk agama Islam. Jadi, naratif agak berbeza namun matlamatnya tetap sama mahu menyampaikan mesej yang positif meskipun isu ini sensitif.
Tak mahu kontroversi

Filem ini mendapat klasifikasi sebagai P16 walaupun tdak mempunyai adegan ganas atau seksual.
Menurut penerbitnya, Muzzamer Rahman klasifikasi tersebut diberikan berkemungkinan kerana naskah itu menyentuh aspek agama.
Pihak produksi sangat berhati-hati dalam menulis skrip kerana kita tahu isu ini sangat sensitif. Sebelum ditapis oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF), kami sendiri telah tapis dan mengikut segala garis panduan yang ditetapkan.
Cuma hanya ada satu babak yang dikeluarkan oleh pihak kami sendiri.
Jadi, sebelum dijadikan kontroversi dan propaganda lebih baik kami buang babak tersebut.
Ninavau membariskan para pelakon berasal dari Negeri Di Bawah Bayu antaranya, Jovenea Jim (Ninavau), Edward Sinsong (Edward) dan Tati Eliana Tonny (Elvira) dan diserikan lagi dengan bintang terkenal Fatimah Abu Bakar serta Hasnol Rahmat.
Karya ini akan mula menemui penonton di pawagam pada 4 Disember ini.
The post Filem Ninavau Ketengah Konflik Mualaf, Pengarah Kongsi Pengalaman – ‘Saya Mahu Angkat Isu Penerimaan Keluarga & Toleransi Masyarakat’ first appeared on OHBULAN!.





