29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Filem Anak Kunti Satu Interpretasi Moden Dari Naskah Legenda Indonesia, Temui Penonton Bermula 20 Februari Ini

    Shopee Sale



    ST Media dengan kerjasama Drias Film Production, sebuah syarikat penerbitan yang berpengkalan di Jakarta, bersama platform digital KipasKipas mempersembahkan filem ‘Anak Kunti’, sebuah filem genre seram terbaru arahan pengarah prolifik Indonesia, Bambang Drias dengan naskah skrip yang ditulis oleh Baskoro Adi.

    Dari filem legenda

    Berlatar belakangkan tahun 90-an, ‘Anak Kunti’ membawakan interpretasi moden terhadap legenda Kuntilanak atau lebih dikenali sebagai Pontianak di Malaysia.

    Filem ini mengisahkan Sarah (Gisellma Firmansyah), seorang pelajar pesantren yatim piatu yang kembali ke Desa Wonoenggal untuk menyelidiki masa lalu dan asal-usul keluarganya.

    Kepulangannya mencetuskan rasa ngeri di kawasan desa apabila muncul Kuntilanak yang dipercayai jelmaan ibu kandungnya, yang meninggal dunia ketika melahirkan anak kembar di tengah-tengah kekacauan desa.

    Selain tempoh tayangan selama 94 minit, filem ini turut menggabungkan elemen ketegangan psikologi dan ‘supernatural’, serta disokong oleh teknologi audio Dolby Atmos untuk mencipta pengalaman menonton yang lebih imersif.

    Cabaran pelakon

    Aktres Nita Gunawan, yang membawa watak Wati/Kuntilanak, mengakui telah melalui proses penggambaran yang mencabar.

    Antara babak paling sukar bagi Nita adalah adegan melahirkan anak dan adegan aksi tanpa pelakon lagak ngeri.

    Penggambaran pada waktu malam yang mencabar sehingga terlibat dengan
    beberapa kecederaan kecil namun hasilnya sangat berbaloi.

    Difahamkan Bambang Drias selaku pengarah filem memilih Nita disebabkan raut wajahnya yang memiliki karisma unik, kerana dia kelihatan cantik tetapi menyeramkan pada masa yang sama.

    MENARIK:  Zulin Aziz Berharap Dapat Memiliki Anak Kembar – ‘Jangan Lupa Doakan Kami, Kami Masih Berusaha’

    Dalam pada itu, Gisellma dan Wavi Zihan juga mengharungi cabaran besar apabila mereka perlu melontarkan dialog di dalam bahasa Jawa yang cukup kompleks.

    Tontonan 9 buah negara

    Filem ini juga bakal ditayangkan serentak di 9 buah negara, bukan sahaja di Indonesia, tetapi juga di Malaysia, Singapura, Brunei, Pakistan, dan Bangladesh. Selain itu, ‘Anak Kunti’ dijadualkan untuk tayangan di Thailand, Vietnam, dan India menjelang bulan April 2025 termasuk di Turki pada bulan Jun 2025, bersama beberapa negara lain yang merupakan pasaran strategik bagi kandungan Asia Tenggara.

    Filem ini juga diterbitkan oleh gabungan penerbit-penerbit berpengalaman dari Malaysia dan Indonesia iaitu Khairul Kassim, Noah EH, Harith Baharudin, Avesina Soebli, Wendy Christian, Izwan Daini, Shahir Sulaiman dan Jonathan HM, dengan sokongan teknologi digital daripada Nuon dan Blueray Cargo.

    Untuk info, filem seram ini bakal menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 20 Februari ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah