Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meluahkan rasa pilu selepas mendapat perkhabaran pemergian Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tun Dr Hasmah Mohd Ali yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Artikel Berkaitan: Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun
Artikel Berkaitan: Selepas 19 Tahun, Tun Siti Hasmah Dedah Detik Pertemuan Sulit Dengan Saddam Hussein. Macam Spy!
Luahan Syed Saddiq

Menerusi hantaran di Threads, Syed Saddiq memuat naik beberapa foto dirinya bersama tunang, Bella Astillah, ketika mereka bertemu Allahyarhamah Tun Hasmah di kediamannya sebelum ini.
Menurutnya, pertemuan bersama Allahyarhamah meninggalkan kenangan yang amat bermakna buat dirinya.
Kalaulah saya tahu itu pertemuan terakhir kita, saya harap dua jam itu boleh berlangsung selama-lamanya.
Tun ketawa bersama kami, bergurau dengan kami, berkongsi cerita, memberi nasihat tentang perkahwinan, keluarga dan kehidupan.
Dalam masa sama, Syed Saddiq turut menyifatkan figura disegani itu sebagai seorang insan istimewa dan penuh kasih sayang.
Dia seorang yang baik hati, kelakar, penyayang dan penuh dengan kebijaksanaan yang hanya lahir daripada pengalaman hidup yang sarat dengan kasih sayang, pengorbanan dan pengalaman.
Dan hari ini Tun sudah tiada. Saya benar-benar masih tak mampu menghadamnya.
Terdahulu, media melaporkan Allahyarhamah Tun Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN).
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh orang anak.
Sumber: Threads
The post ‘Beliau Ketawa Bersama Kami, Beri Nasihat Tentang Perkahwinan..’ – Syed Saddiq Sebak Kenang Momen Terakhir Bersama Tun Hasmah first appeared on OHBULAN!.





