25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fieya Julia Mengaku Sayang Luqman Faiz, Harap Isu ‘Bukan Taste’ Tidak Diperbesarkan – ‘Saya Marah Sekejap Je’

    Shopee Sale



    Fieya Julia

    Penyanyi, Fieya Julia berharap orang ramai berhenti mengecam rakan seindustri, Luqman Faiz berhubung kenyataan yang dibuat baru-baru ini mengatakan ‘Fieya Julia bukan taste saya’.

    Maafkan dia

    Fieya Julia

    Mengakui ada terasa hati pada awalnya, Fieya bagaimanapun menganggap perkara itu sekadar gurauan daripada seorang rakan yang sudah dianggap seperti adik-beradik sendiri.

    Saya sayang dia (Luqman), saya juga sayang semua rakan-rakan artis Aries (syarikat rakaman) macam keluarga saya sendiri. Terima kasih atas keprihatinan anda semua.

    Maafkan pihak dia atas kata-kata yang mungkin kurang menyenangkan. Saya kenal dia macam mana, kami berkawan dah macam keluarga lebih dari tujuh tahun.

    Perkara terasa itu normal, saya ada perasaan. Tapi saya marah sekejap sahaja. Lagipun benda ini hanya guruan kita sebagai kawan-kawan. Cumanya tersebar di khalayak umum.

    Fieya berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.

    MENARIK:  ‘Saya Belum Fikir Soal Jodoh, Jadual Kerja Tengah Padat Sekarang’ – Ira Kazar

    Dalam pada itu, Fieya berharap isu berkenaan tidak diperbesarkan dan percaya setiap manusia tidak lari daripada berbuat khilaf.

    Jangan risau semua, dia bukan taste saya sebab dia saya dah anggap macam adik sendiri. Tapi percayalah, dia seorang yang baik hati dan manusia akan sentiasa buat kesilapan.

    Terdahulu, Luqman dikecam apabila secara berseloroh mengatakan Fieya tiada ciri-ciri wanita idamannya.

    Luqman memberi respon itu ketika menjawab dakwaan mereka mempunyai hubungan istimewa.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah