25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fazura Semakin Bersikap Terbuka Selepas Kerap Buat ‘Live’ – ‘Dulu Saya Sangat Privasi’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mengakui dirinya kini lebih terbuka dan selesa berkongsi mengenai hidupnya bersama peminat selepas mula aktif melakukan siaran langsung hampir setiap hari di media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’

    Artikel Berkaitan: Tak Pernah Tayang Kemewahan, Gaya Hidup Fazura Dipuji Netizen – ‘Kaya & Humble’

    Lebih terbuka dengan peminat

    Menerusi hantaran di Threads, Fazura, 41, yang sebelum ini dikenali sebagai selebriti yang sangat menjaga privasi, menyatakan bahawa dia sebenarnya seorang yang sukakan kehadiran dan interaksi dengan orang ramai.

    Dulu saya sangat lebih privasi, tapi saya memang jenis yang suka jumpa orang. Memang excited bila ada meet and greet. Saya suka tengok senyuman orang, dengar kisah hidup mereka.

    Tambah aktres itu, apa yang paling menyentuh hatinya bukanlah sekadar populariti atau penghargaan terhadap kerjayanya, tetapi kisah kehidupan peminat yang memberi impak dan makna dalam hidupnya.

    Apa yang istimewa bukan tentang karya saya diingati atau berapa lama diminati, tapi tentang cerita-cerita kehidupan peminat yang beri kesan dan jadi kenangan.

    Ibu kepada seorang puteri itu turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk berhubung lebih dekat dengan peminat dan mengenali ramai individu yang membawa pengaruh positif dalam hidupnya.

    Sekarang bila dah mula live setiap hari, saya rasa makin dekat dengan lebih ramai orang. Ramai sebenarnya orang baik dalam dunia ini. Saya cuma perlu lebih terbuka dan pilih tenaga positif dengan hati-hati.

    Interaksi mesra Fazura di platform media sosial sejak kebelakangan ini mendapat reaksi positif daripada para peminat yang menyambut baik keterbukaannya serta menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi.

    MENARIK:  Anzalna Nasir Peroleh Rezeki Tak Disangka Selepas Belanja Anak Yatim Makan – ‘Bukan Untuk Riak Cuma Ingin Berkongsi’

    Sumber: Threads

    The post Fazura Semakin Bersikap Terbuka Selepas Kerap Buat ‘Live’ – ‘Dulu Saya Sangat Privasi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah