27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fattah Amin Mengaku Berkawan Dengan Amira Othman, Minta Peminat Doakan Yang Baik

    Shopee Sale



    Fattah Amin

    Digosipkan sedang bercinta, pelakon Fattah Amin tampil memberi respon berhubung dakwaan membabitkan dirinya dengan penyanyi Amira Othman.

    Berkawan

    Amira Othman

    Fattah atau nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin, 34, memberitahu, dia dan Amira hanya berkawan.

    Enggan mengulas mengenai soal jodoh, aktor itu menyambut baik doa peminat yang mahu melihatnya bahagia.

    Kami berdua kawan, baru hari itu ada berjumpa dengan dia dekat konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza.

    Doakan sahaja yang baik-baik, saya bukan berkawan dengan dia sahaja tetapi kawan dengan semua orang.

    Kalau peminat dan orang di luar sana mendoakan yang baik, saya aminkan. Tapi kalau bercakap fasal jodoh, saya tak boleh ulas.

    Fattah menjawab dakwaan tersebut ketika ditemu bual oleh Melodi.

    #HatiHati

    Dalam pada itu, Fattah turut mengulas mengenai tanda pagar yang digunakan pada sebuah hantaran miliknya dikatakan tajuk lagu Amira berjudul ‘Hati-Hati’.

    Itu biar saya sahaja yang tahu. Lagi pula itu posting lama. Saya buat posting dengan hashtag tersebut sebab macam berkaitan.

    Tiada apa-apa maksud lain, kalau ada yang buat andaian sendiri ikut suka mereka. Masing-masing ada pemahaman sendiri.

    Jodoh, ajal tiada siapa yang tahu. Itu semua takdir Allah. Saya sibuk bekerja tak fikir fasal jodoh.

    Sejak kebekalangan ini, nama Fattah dan Amira menjadi bualan apabila timbul dakwaan mereka mempunyai hubungan istimewa.

    MENARIK:  Aina Abdul Syukur Ramai Puji Persembahan Lagu ‘Cinta’ Di Konsert Melly Goeslaw

    Bagaimanapun, ada juga yang mengatakan keakraban antara mereka sekadar gimik pemasaran.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah