Selebriti media sosial, Fatin Afeefa mengenang kembali perjalanan sebagai ibu tunggal sekali gus mengakui tidak mudah menyara kehidupan tanpa nafkah daripada bekas suami.
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman ‘Maid’ Bermasalah – ‘Dia Pakai Crop Top & Skirt Saya, Menari Lucah’
Artikel Berkaitan: Cinta Opai Buat Fatin Afeefa Bertambah Setiap Hari – ‘Perkahwinan Kami Bukan Untuk Ditayang Pada Umum’
Kehidupan ibu tunggal
View on Threads
Menerusi ciapan yang dimuat naik di Threads, seorang individu menanyakan pandangan mengenai kehidupan ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suami.
Ibu kepada dua orang cahaya mata.
Macam mana anda semua survive tanpa nafkah dari bekas suami?
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin yang berkongsi pengalamannya menjadi ibu tunggal.
Menurut pelakon filem Tentang Bulan itu, dia melakukan pelbagai pekerjaan demi menyara kehidupan tiga beranak malah terpaksa berdepan dengan waktu tidur yang tidak mencukupi setiap hari.
Buat beberapa kerja, tidur hanya 3 ke 4 jam sehari dulu.
Alhamdulillah awal-awal catu makanan, kongsi bertiga.
Selepas itu, rezeki mencurah sampai sekarang.
Dalam pada itu, Fatin sempat menitipkan pesanan agar golongan ibu tunggal sentiasa mengutamakan anak dalam apa jua keadaan agar rezeki semakin berlimpah ruah.
Dahulukan anak-anak, anda akan nampak hidup tidak akan rasa kurang.
Imbas kembali, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Threads @fatinafeefa
The post Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Sara Hidup Tanpa Nafkah Daripada Bekas Suami – ‘Catu Makanan Kongsi Bertiga’ first appeared on OHBULAN!.





