28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banjir: Usahawan Farhana Zahra Beli Kereta Pacuan Empat Roda Untuk Misi Bantuan Di Kelantan

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi, Farhana Zahra sekali lagi menarik perhatian apabila membeli sebuah kenderaan pacuan empar roda untuk memudahkan misi bantuan mangsa banjir di Kelantan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Beli Coklat Louis Vuitton Berharga RM6,000 & Anggap ’Murah’, Netizen Respon – ‘Ini Lebih Kepada Menunjuk Je’

    MENARIK:  Neelofa Berterima Kasih Kepada Suami, Sentiasa Bantu Tingkatkan Iman – ‘Untungnya Ada Pasangan Yang Ajak Ke Arah Kebaikan’

    Artikel Berkaitan: Usahawan Farhana Zahra Tak Letak Hantaran Tinggi, Pesan Bantu Pasangan – ‘Jackpot Suami Saya, Bayar Murah Dapat Hasil Wow’

    Beli kereta nak bantu mangsa banjir

    " data-video-id="7576218966201355538" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @farhanazahra91

    Cikna beli kereta yang murah-murah je, janji cikna dapat sampai tempat mangsa banjir sebab kereta ni boleh redah banjir , tempat korang perlukan bantuan bagitau cikna ye 🥺 #farhanazahra91 #farhanazahra #cikna

    ♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

    Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Farhana atau lebih mesra dengan panggilan Cik Na dilihat berada di sebuah pusat pameran kereta Toyota.

    Dia memilih kereta jenis pacuan empat roda kerana kenderaan tersebut mampu meredah air dan memasuki kawasan yang terjejas banjir.

    Farhana menjelaskan bahawa pembelian tersebut adalah untuk tujuan kebajikan dan bukannya untuk kegunaan peribadi.

    Saya beli kereta yang murah-murah je, janji saya dapat sampai tempat mangsa banjir sebab kereta ni boleh redah banjir, tempat korang perlukan bantuan beritahu saya ya.

    Kita beli yang murah-murah sikitlah sebab tujuan kita beli khas untuk rakyat Kelantan, kita orang nak pergi bantuan misi banjir di Kelantan.

    Video tersebut juga memaparkan usahawan ini melakukan pembayaran secara tunai namun dia tidak mendedahkan harga sebenar kenderaan tersebut.

    Dah, selesai pembayaran secara cash. Datang beli hari ni, esok terus dapat kereta.

    Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang memuji keprihatanan usahawan ini dalam membantu mangsa banjir.

    Sumber: TikTok Farhana Zahra

    The post Banjir: Usahawan Farhana Zahra Beli Kereta Pacuan Empat Roda Untuk Misi Bantuan Di Kelantan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah