26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman ‘Maid’ Bermasalah – ‘Dia Pakai Crop Top & Skirt Saya, Menari Lucah’

    Shopee Sale

    Selebriti media sosial, Fatin Afeefa berkongsi pengalaman pernah berdepan dengan bekas pembantu rumah yang bermasalah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fezrul Khan Cabar Opai Lawan Muay Thai, Berang Nama Jojo Ghazali Dipetik

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Dedah Malaysia Bakal Anjurkan Perlawanan Tinju, Nama Jojo Ghazali Dipetik – ‘Yang Pasti Bukan Dia Sebab Selalu Kalah’

    Pengalaman ‘maid’ bermasalah

    Menerusi hantaran di Threads, Fatin berkata, dia mengalami situasi serupa dialami pelakon Ainul Aishah apabila pembantu rumahnya yang lama mencuri barang peribadi dan berani membawa lelaki masuk ke rumah.

    Red flag. Hantar dia pulang. Pembantu lama saya mempunyai perangai yang sama seperti pembantu awak. Masih muda lagi.

    Saya bertolak ansur kerana rasa kasihan dia seorang diri di sini. Setahun saya layan perangai dia. Kemudian saya perasan, dia meniru saya.

    Mencuri pakaian saya, tudung, alat solek, wang dan yang paling teruk berani membawa lelaki masuk ke rumah saya. Saya belajar cara yang sukar. Singkirkan dia.

    Fatin turut mendedahkan bekas pembantu rumahnya itu pernah membuat video tarian lucah dengan memakai pakaian miliknya selain berang anak lelakinya turut berada dalam klip tersebut.

    Mula-mula pakaian. Lepas itu, ia akan jadi lebih teruk. Bekas pembantu rumah saya membuat video menari lucah memakai crop top dan skirt saya dan anak lelaki saya ada dalam video itu.

    Saya bekerja dari rumah. Dia buat semua ini ketika saya sedang mandi. Saya faham awak ada hati yang baik, sama macam saya dulu.

    Dia bawa lelaki masuk secara curi-curi ketika saya berada di rumah. Hanya kerana saya terlalu baik. Baru selepas dia dihalau, semua video lucah bersama pakaian saya terbongkar.

    Perkongsian Fatin itu mendapat pelbagai reaksi wargamaya, dengan ramai bersetuju bahawa tindakan tegas terhadap pekerja yang bermasalah adalah perlu.

    MENARIK:  Birthday Treats: Tebus 10 Makanan & Minuman Percuma Sempena Hari Lahir Korang

    Sumber: Threads

    The post Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman ‘Maid’ Bermasalah – ‘Dia Pakai Crop Top & Skirt Saya, Menari Lucah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah