25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Fatima Bukan Objek, Dia Anak Saya!’ – Fazura

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan Fazura tampil berang apabila didakwa puteri tunggalnya, Fatima dijadikan objek semasa majlis persandingan bekas suaminya, Fattah Amin dan Amira Othman.

    Artikel Berkaitan: Fazura Tumpang Bahagia Baca Luahan Isteri Dapat Duit Raya Dari Suami – ‘RM5 Pun Gembira, Apatah Lagi’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Dimaklumkan Fazura Telah Melanggar Perintah Mahkamah Sebanyak Enam Kali’ – Peguam Fattah Amin Bakal Fail Semula Permohonan Hak Lawatan Fatima

    Ibu kandung berang

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu tampil meluahkan rasa simpati pada Fatima yang dilihat keseorangan semasa sesi bergambar Fattah dan Amira.

    Tidak mengapa Fatima sayang. Semuanya akan berlalu. Kamu sangat disayangi, lebih daripada yang kamu sangka.

    Mereka yang benar-benar peduli, hati yang ikhlas akan sentiasa melangkah ke hadapan untukmu, berada di sisimu dan tidak akan meningalkanmu.

    Dalam setiap badai dan setiap saat yang sunyi, kamu tidak akan pernah berjalan sendirian.

    Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian ibu kandung Fatima iaitu Fazura yang berang melihat anaknya diperlakukan sebegitu.

    MENARIK:  Zarif, Afiq, Ariel & Rizal Mudah Serasi

    Difahamkan, pelakon filem Pisau Cukur itu pertama kali melihat video yang berdurasi selama kurang seminit itu.

    Ada lip readers tak disini? Yang kiri sekali cakap apa? ‘Biar saja dia di situ?’

    Fatima bukan objek! Dia anak saya!

    Saya minta maaf tapi ini kali pertama saya melihatnya. Bagaimana? Kenapa? Perkara itu terjadi pada anak saya.

    Sumber: Threads @missfazura

    The post ‘Fatima Bukan Objek, Dia Anak Saya!’ – Fazura first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah