31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fasha Sandha Gembira Luna Maya Akhirnya Bertemu Jodoh, Doa Agar Cepat Dapat Baby

    Shopee Sale



    Pelakon cantik, Fasha Sandha meluahkan perasaan gembira apabila rakannya, iaitu aktres terkenal Indonesia, Luna Maya akhirnya berkahwin setelah berteka-teki mengenai jodoh sebelum ini.

    Doa cepat dapat baby

    Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 41, turut mendoakan agar Luna dan pasangannya, aktor Maxime Bouttier dikurniakan anak secepat mungkin.

    Menceritakan kembali, Fasha berkata sejak tahun 2001 mereka tidak selalu berjumpa kerana jarang pergi ke Jakarta, Indonesia.

    Pun begitu, mereka kerap berhubung untuk mengekalkan hubungan baik.

    Luna selalu cakap entah kapan (bila) dia nak kahwin, tapi Alhamdulillah jodoh rahsia Allah.

    Mari para pengikut, tolong doakan cepat-cepat Luna dapat baby.

    Luna pun kata harapan dia selepas ini mahu cepat-cepat mengandung.

    Dalam pada itu, pelakon drama Khilaf Asmara itu juga mengambil kesempatan menyatakan rasa terharu kerana Luna mengundangnya di hari bahagianya.

    Paling penting saya rasa berasa sangat berbesar hati untuk menjadi sebahagian besar semasa hari bahagia awak.

    Semua majlis dia jemput, nikah, sanding dan lain-lain tetapi masa hanya mengizinkan ke makan malam jam 6.30 petang.

    Pada Rabu, Fasha terbang ke Bali untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan Luna.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Jom Fazura, Awak Sesuai Duet Dengan Saya..Suara Awak Unik & Universal, Boleh Pergi Jauh’ – Aliff Syukri

    Selepas tiga tahun menyulam cinta, Luna akhirnya sah menjadi isteri kepada Maxime.

    Pelakon filem Suzana itu menerima mas kahwin 7.5 gram logam mulia dan 2,025 Dolar Amerika Syarikat (AS$2025) bersamaan RM8,600 yang dibayar secara tunai.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah