28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Jom Fazura, Awak Sesuai Duet Dengan Saya..Suara Awak Unik & Universal, Boleh Pergi Jauh’ – Aliff Syukri

    Shopee Sale



    Tatkala orang ramai mengkritik nyanyian Nur Fazura tetapi usahawan dan selebriti media sosial iaitu Datuk Seri Aliff Syukri sebaliknya memuji suara aktres tersebut.

    Aliff Syukri ajak Fazura duet

    Menerusi hantaran di Instagram, Aliff latau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 37, menyifatkan bekas isteri kepada pelakon Fattah Amin itu mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

    Dalam kesempatan itu, Aliff turut mempelawa Fazura untuk berduet dengannya selain percaya dan yakin bahawa nyanyian mereka berdua pasti akan mendapat sambutan ramai.

    Okay, boleh tahanlah suara awak sedap sangat Fazura. Jom kita berduet. Saya rasa kalau awak berduet dengan saya bakat awak lebih terserlah.

    Kita akan meletup bersama. Jom Fazura, awak memang sesuai berduet dengan saya. Awak akan terkenal, bukan di Malaysia malah di serata dunia. Jom kita tunjukkan bakat kita bersama-sama.

    Bukan itu sahaja, Aliff berpendapat bahawa Fazura memiliki suara yang unik dan merdu selain yakin pelakon filem Pisau Cukur itu boleh dikenali ramai dengan bakat nyanyiannya.

    Syabas suara awak (Fazura) unik dan sedap. Bagi saya suara itu adalah universal. Sedap sahaja saya dengar.

    InsyaAllah Fazura boleh pergi jauh. Siapa setuju sila komen. Lagu raya tahun ini mungkinkah?

    Terdahulu, penampilan Fazura mendendangkan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta di sebuah program bual bicara di Indonesia mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

    MENARIK:  TUAH 1895 & The Labs @ Bukit Bintang City Centre Kini Dibuka! Tempat ‘Chill’ Baru Dengan Makanan yang Lazat & Pelbagai Aktiviti Menarik!

    Rata-rata daripada mereka mengkritik selain menasihati aktres itu agar hadir ke kelas vokal untuk memperbaiki nyanyiannya.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah