Sejak kebelakangan ini terutamanya industri hiburan banyak digemparkan dengan kisah-kisah perceraian selebriti yang menjadi antara topik hangat di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Pilih Sewa Rumah Di Dengkil, Enggan Anak-Anak Lihat Pertengkaran Dengan Dr Afifah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tidak Mungkin Dr Afifah Tak Tahu Mengapa Perceraian Itu Berlaku’ – Nubhan
Nasihat Fadzilah Kamsah

Melihat akan situasi ini, pakar motivasi Datuk Dr. Fadzilah Kamsah terpanggil untuk memberi kata-kata nasihat kepada pasangan suami isteri yang sedang berdepan dengan masalah rumah tangga.
Menerusi perkongsian di Threads, Fadzilah memberi teguran kepada setiap pasangan supaya tidak membuka pekung di dada demi menjaga maruah masing-masing.
Nak, simpan elok-elok masalah rumah tanggamu.
Aib pasangan yang tersebar sebenarnya membuka juga aibmu.
Hati-hati ya, nak.
Hantaran itu turut mendapat respon daripada isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek yang juga sedang diuji dengan perceraian.
Baik, tok abah.
Doa pada Allah
View this post on Instagram
Dalam hantaran berbeza, Afifah menitipkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan dan ketabahan menjalani takdir yang telah ditentukan olehNya.
Ya Allah, kuatkanlah imanku, jauhkanlah aku dari kelemahan dan putus asa.
Penuhilah hatiku dengan sabar dan reda.
Untuk info, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka.
Namun, mereka merujuk semula, bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama.
Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Sumber: Threads
The post Fadzilah Kamsah Tegur Pasangan Suami Isteri Jangan Dedah Aib, Dr Afifah Respon – ‘Baik, Tok Abah’ first appeared on OHBULAN!.





