31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ezlisa Loy Rindu Air Tangan Arwah Ibu, Kongsi Pesanan Terakhir – ‘Dia Suruh Baca & Hafal Quran’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pempengaruh, Ezlisa Loy berkongsi momen terakhir bersama ibu tercinta, Filzah Yusoff sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

    Artikel Berkaitan: Arwah Ibu Elfira Loy Terima Anugerah Tokoh Aktivis Masjid

    Air tangan arwah

    Ezlisa berkata, ibunya sempat menunaikan solat taubat sebelum ditidurkan selain menitipkan beberapa pesanan penting buat dirinya dan adik-beradik lain.

    Sebelum mama ditidurkan, kami adik-beradik dapat jumpa mama. Arwah juga sempat solat taubat. Arwah juga ada titipkan pesanan buat kami. Dia pesan dan suruh kami baca serta hafal al-Quran selain jaga aurat.

    Ezlisa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pembukaan stor baharu CERUTTI 1881 bersama Aedy Ashraf yang berlangsung di Putrajaya, baru-baru ini.

    Berkongsi lanjut, adik kepada Elfira Loy itu merasakan seolah-olah ibunya masih ada di sisi meskipun sudah lebih sebulan kehilangan insan tersayang.

    Saya rasa macam mama masih ada. Sudah lebih sebulan mama pergi. Saya sedang perlahan-lahan terima hakikat yang mama sudah tiada.

    Dalam pada itu, Ezlisa turut meluahkan rasa rindu dengan air tangan ibunya, terutama makanan kegemarannya yang dimasak arwah.

    Sebelum mama meninggal dunia, dia selalu minta saya belajar buat sambal. Tapi ketika itu saya tak nak belajar sebab nak makan air tangan mak saya.

    Saya memang tak nak belajar. Tapi sekarang bila dah belajar masak, ada resipi yang mama dah ajar, takkan sama. Sebab air tangan kita lain.

    Untuk rekod, ibu kepada Ezlisa dan Elfira meninggal dunia pada usia 61 tahun pada 13 September 2026.

    MENARIK:  [VIDEO] Syazwan Zulkifly Geli Dengan Katak, Ambil Masa Biasakan Diri – ‘Kalau Itu Boleh Menambah Baik Sesuatu Babak, Saya Okay’

    The post Ezlisa Loy Rindu Air Tangan Arwah Ibu, Kongsi Pesanan Terakhir – ‘Dia Suruh Baca & Hafal Quran’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah