28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Eyra Hazali Berbunga-Bunga Cari Baju ‘Anniversary Date’, Mesej Romantis Haziq Bikin Netizen ‘Blushing’ – ‘Okay Nak Lipat Bumi’

    Shopee Sale

    Pelakon dan personaliti media sosial, Eyra Hazali mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen manis bersama suami tercinta di platform Threads.

    Artikel Berkaitan: Selalu Berjauhan Dengan Suami, Eyra Hazali Kongsi Tips Rumah Tangga – ‘Jujur Dengan Pasangan & Komunikasi Itu Penting’

    Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Ajar Anak Tutup Mata, Elak Pengguna Tandas Wanita Rasa Tidak Selesa – ‘Kena Faham Orang Lain Juga’ 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eyra Hazali Masih Tak Faham ‘Off-Side’, Suami Tak Jemu ‘Explain’ Setiap Tahun – ‘Dah Enam Tahun Kahwin’

    Cari baju ‘anniversary’

    Menerusi hantaran tersebut, Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali, 26, memuat naik tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp bersama suaminya, Haziq Nadzli yang dilihat sangat mesra.

    Dalam mesej berkenaan, Eyra dilihat sedang mencari baju untuk sambutan ulang tahun perkahwinan mereka, sambil bertanya pendapat suaminya sama ada pakaian yang dipilih itu cantik atau tidak.

    MENARIK:  Hot FM Terima Anugerah ‘Gold’ Media Networks Di Putra Aria Brands Awards 2024

    Namun yang paling mencuri perhatian ialah jawapan daripada suaminya yang sangat romantis.

    Warganet ‘blushing’

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan ’emoji’, menandakan mereka sama-sama terbuai dengan kemesraan pasangan tersebut.

    Maka, tidak hairanlah Eyra dan suami sering menjadi inspirasi ramai, bukan saja manis di hadapan kamera tetapi tetap penuh kasih sayang meskipun dalam momen kecil.

    Terdahulu, Eyra berkahwin dengan Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Hayder Qhalish, Endra Haziq dan Hud Ezqandar.

    Sumber: Threads

    The post Eyra Hazali Berbunga-Bunga Cari Baju ‘Anniversary Date’, Mesej Romantis Haziq Bikin Netizen ‘Blushing’ – ‘Okay Nak Lipat Bumi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah