Penyanyi dan komposer, Ajai tidak menolak kemungkinan untuk kembali berkongsi pentas dengan bekas isterinya, Nourul Depp sekiranya diberikan peluang pada masa akan datang.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Kurang Bertanya Hal Peribadi Pada Ayu, Suatu Hari Hatinya Akan Terbuka Untuk Berbaik Bersama Nourul’ – Ajai
Artikel Berkaitan: ‘Saya Terbuka Untuk Lakukan Konsert Bersama Nourul, Tapi Ada Hal Lain Yang Terikat’ – Ajai
Tak tolak kongsi pentas

Ketika ditemui , Ajai atau nama lengkapnya Mohamad Faizal Maas, 52, tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergandingan semula dengan penyanyi itu kerana mereka pernah mencipta banyak kenangan menerusi kerjasama seni.
InsyaAllah..Kalau ada rezeki, orang tahu Ajai dan Nurul kan. Jada, saya kata tak ada masalah pun kalau kita disatukan dalam satu konsert Ajai dan Nurul. Sebab saya rasa itu lagi special.
Tapi kita tunggukan, tepat pada waktunya. Pada saya tak ada masalah apa-apa. Sareer still a career yang kita pernah disatukan. Lagu itu terpatri sampai sekarang.
Pada saya, untuk disatukan, perlukan masa yang sesuai dan alignment of surprise yang boleh membuatkan pendengar atau peminat masing-masing merasa begitu.
Ajai berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu Aisha Retno berjudul Diari Air Mata Kenangan Coffee, TRX pada Selasa.
Ajai sibuk persiapan konsert Exists

Dalam pada itu, Ajai menjelaskan bahawa dia tidak dapat menghadiri konsert Nourul baru-baru ini kerana komitmen kerja yang telah dijadualkan lebih awal.
Saya terlibat dalam beberapa recording ketika itu dan sekarang pun saya dah terikat tarikh dengan konsert Exists yang dijadual berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 10 Ogos depan.
Mengulas mengenai persembahan Nourul, Ajai yakin penyanyi itu memiliki katalog lagu yang kuat untuk menghiburkan penonton sepanjang konsert.
Dari segi katalog lagu, dia memang ada banyak lagu hit solo seperti Cinta Azali dan Ikhlasnya Cintaku yang masih diingati ramai.
Kalau lagu duet pula, memang banyak pilihan yang boleh dipersembahkan.
Sebelum ini, peminat meluahkan hasrat untuk melihat Ajai dan Nourul kembali berkongsi pentas dan mendendangkan lagu duet mereka yang pernah hit suatu ketika dahulu.
Untuk rekod Ajai dan Nourul bercerai pada 2006 selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
The post Ajai Tak Tolak Kongsi Pentas Dengan Nourul Depp – ‘Kalau Ada Rezeki, Kita Tunggu Waktu Yang Tepat’ first appeared on OHBULAN!.





