27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Erma Fatima Kembali Mengarah Selepas Sedekad, Satukan Bintang A-List Malaysia Indonesia

    Shopee Sale

    Selepas sedekad mengarahkan drama-drama terbaik termasuk Pesan Dari Tuhan, penerbit dan pelakon Erma Fatima sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi beberapa foto yang seakan-akan memberi bayangan dirinya kembali ke kerusi pengarah.

    Artikel Berkaitan: ‘Drama Akulah Balqis Bukan Punca’ – Erma Fatima

    Artikel Berkaitan: Erma Fatima Bidas Dituduh Buat Cerita Mengarut, Minta Netizen Jadi ‘Funder’ – ‘Saya Memang Teringin Nak Buat Macam The Voice Of Hind Rajab’

    Projek kolaborasi Malaysia & Indonesia

    Menerusi hantaran di Instagram, Erma Fatima atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali memuat naik foto yang memperlihatkan dirinya berada di set penggambaran bagi sebuah projek kolaborasi Malaysia dan Indonesia bersama barisan pelakon hebat seperti Umie Aida, Vanidah Imran, Puteri Sarah Liyana dan Anna Jobling.

    Di ruangan kapsyen, Erma seolah-olah meluahkan rasa rindu untuk kembali beraksi sebagai pengarah di set penggambaran.

    Lama tak rasa macam ini.

    Dalam hantaran tersebut, Erma menggunakan lagu islamik, berjudul Wahai Pemilik Jiwa nyanyian asal Opick sebagai latar audio.

    MENARIK:  ‘Suara Lembut Manja Pun Dilarang, Ini Pula Gaya Menggoda & Wajah Didekatkan Dengan Skrin’ – Ustazah Asma’ Harun Tegur Influencer Muslimah

    Selain itu, foto yang dikongsi turut menampilkan bintang Indonesia, Lukman Sardi, Bima Samudra, Elina Joerg dan Valentino.

    Kata Erma, dia sudah lama tidak mengarah dan sekadar ingin memenuhi kerinduannya terhadap projek istimewa itu.

    Lepas gian selepas 10 tahun tak direct (mengarah).

    Saja suka-suka, setakat ini tak tahu lagi mana nak tayang.

    Sekadar info, pengarah yang pernah memenangi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 itu terakhir kali mengarah telefilem melalui Pesan Dari Tuhan, yang turut meraih Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2017.

    Sumber: Instagram Erma Fatima

    The post Erma Fatima Kembali Mengarah Selepas Sedekad, Satukan Bintang A-List Malaysia Indonesia first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah