
Personaliti media sosial, Ananda Natasha menjadi bualan selepas videonya membuat rawatan wajah iaitu ‘face lifting’ tular.
Rawatan wajah

Menerusi video perkongsian @bellaclinic, ia memaparkan Ananda Natasha atau lebih mesra disapa Tasha sedang membuat rawatan wajah face lifting dan tightening.
Difahamkan, rawatan itu adalah untuk membuatkan wajah tegang dan nampak muda daripada usia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan meluahkan rasa kecewa selepas melihat video tersebut.
Segelintir peminat merasakan telah ditipu selepas mengetahui penampilan baru pempengaruh itu adalah disebabkan membuat rawatan wajah dan bukannya secara diet semula jadi.
Sebelum ini, netizen memuji Tasha kerana dilihat semakin berseri-seri selepas bercerai dengan pempengaruh Andika Putera pada tahun lalu.
Komen netizen







