26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Engku Emran Kongsi Momen Berharga Aleesya Tamat Pengajian Sekolah Menengah – ‘Cantik Macam Ayah, Pandai Macam Mak’

    Shopee Sale

    Bekas suami kepada pelakon dan penyanyi, Erra Fazira iaitu Engku Emran, berkongsi momen anak tunggal mereka, Engku Aleesya yang telah menamatkan pengajian sekolah menengah.

    Artikel Berkaitan: 11 Tahun Berkorban Demi Anak, Engku Emran Syukur Aleesya Raih 7A IGCSE – ‘Pengorbanan Ayah Tak Sia-Sia’

    Artikel Berkaitan: Erra Fazira Bahagia Sendiri, Tidak Terfikir Nak Kembali Pada Engku Emran – ‘Saya Percaya Aturan Allah’

    Bangga dengan kejayaan anak

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Engku Aleesya dilihat berada di atas pentas bagi pengambilan sijil keputusan cemerlang dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), baru-baru ini.

    Pemilik nama Engku Emran Engku Zainal Abidin itu meluahkan rasa bangga melihat namanya bersebelahan Engku Aleesya yang ditayangkan di skrin utama.

    Dalam pada itu, Emran sempat memuji anak tunggalnya itu yang mewarisi kepandaian ibunya, Erra Fazira.

    Bila kau nampak nama kau di sebelah nama anak…

    Cantik macam ayah dan pandai macam mak.

    Berkongsi lebih lanjut, Emran menyifatkan dirinya sebagai ‘software provider’ manakala pelantun lagu ‘Yang Terindah Hanyalah Sementara’ itu ‘hardware provider’.

    MENARIK:  Jefri Nichol Didakwa Temui Teman Istimewa Baharu, Ini Sorotan Kisah Cinta Bersama Deretan Bekas Kekasih 

    Sekadar info, Emran dan Erra berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan kemudiannya membawa haluan masing-masing selepas bercerai pada Februari 2014.

    Imbas kembali, Emran menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang diperolehi Aleesya dengan keputusan 7A, sekali gus menjadi ia momen paling bermakna buat dirinya sebagai seorang bapa.

    Sumber: Instagram @aintneenrawnoon

    The post Engku Emran Kongsi Momen Berharga Aleesya Tamat Pengajian Sekolah Menengah – ‘Cantik Macam Ayah, Pandai Macam Mak’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah