26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Razali Mahu Didik Anak Dengan Tangan Sendiri, Enggan Serah Tanggungjawab Ibu Kepada Pembantu

    Shopee Sale



    Nabila Razali

    Meskipun mempunyai pembantu, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengakui lebih selesa untuk menguruskan dan menjaga anaknya sendiri.

    Tugas ibu

    Nabila Razali

    Nabila atau nama lengkap Nur Nabila Mohd Razali, 32, berkata, dia mahu anaknya membesar dengan acuan dan didikan daripadanya.

    Bagaimanapun mengakui kehadiran pembantu adalah untuk memudahkan kerja hariannya di rumah.

    Sebagai ibu, saya perlu bertanggungjawab untuk uruskan anak. Saya nak mendidik anak sebaik mungkin dengan air tangan sendiri, bukan menerusi didikan yang bukan darah daging.

    Saya menganggap adanya pembantu adalah untuk memudahkan kerja bukan ambil alih tugas seorang ibu.

    Apa pun, saya akan sedaya upaya menjadi ibu yang terbaik untuk ‘baby M’ , insya-Allah segala usaha yang saya buat ini anak akan lihat apabila dia sudah dewasa kelak.

    Nabila berkata demikian ketika ditemui di majlis meraikan keputusan SPM pelajar PTTI yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, pada Khamis.

    Kes pengasuh cuai

    Nabila Razali

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Peluang Kedua’ ini tidak menafikan kes kecuaian pengasuh yang berlaku menjadi antara faktor dia lebih selesa untuk mengasuh anaknya sendiri.

    Itu (kes kecuaian pengasuh) antara faktor, namun bukan menjadi faktor utama. Sudah pasti rasa takut bila baca berita berkaitan kes pengasuh setiap kali keluar rumah.

    Tetapi, saya keluar ini pun mencarai rezeki untuk dia juga. Saya meletakkan kepercayaan kepada pembantu di rumah, namun tidak sepenuhnya.

    Sebab saya ada keluarga lain yang tolong tengokkan anak saya juga. Saya bersyukur kerja saya sangat fleksibel, jadi mudah untuk uruskan anak.

    Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023.

    MENARIK:  Insomniacks Bakal Muncul Dengan Konsert Solo Pertama Julai ini!

    Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dikenali sebagai ‘Baby M’ pada 23 Disember tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah