27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Altimet Dedah Otai Rock Berlapang Dada, Ditipu Ejen & Rugi RM1 Juta Akibat Cetak Rompak

    Shopee Sale



    altimet rockers

    Penyanyi rap dan wakil rakyat, Altimet mendedahkan tentang kisah pahit jerih seorang legenda rock tanah air.

    Pendedahan Altimet

    altimet rockers

    Menerusi podcast You Syu’d Know, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata, penyanyi rock tersebut pernah ditipu oleh ejen berkenaan bayaran, namun dia mengambil pendekatan untuk bersabar dan ikhlas menerima dugaan tersebut.

    Saya ada kenal seorang rockers otai, dia memang legend, dia masih aktif dan dia adalah pelopor (rock) dari tahun 80-an.

    Dulu dia selalu kena tipu dengan ejen-ejen show. Contohnya dia dan band dibayar RM5000, tetapi dia dapat tahu ejen ini dapat RM20,000 jadi RM15,000 lagi diambil oleh ejen tersebut.

    Dia kata dia berlapang dada dan anggap semua duit yang diambil telah dibalas oleh tuhan dengan kerjayanya sekarang. Dia fikir pada masa itu ianya sebagai balasan untuk ‘membeli’ jangka hayat kerjaya yang lebih panjang.

    Dalam pada itu, Altimet juga mendedahkan bahawa penyanyi tersebut dan kumpulannya turut mengalami kerugian berikutan sindiket cetak rompak.

    Zaman dia tu berleluasa cetak rompak dan dia cuma kata, ‘ini semua luar kawalan saya, saya cuma berlapang dada’.

    Tapi kalau nak dikira, bagi album-album yang dia terlibat, saya rasa berkemungkinan dalam RM1 juta kerugian.

    Sebab semasa zaman itu, mereka memang berada di depan dan band dia memang suatu fenomena.

    Bercerita lanjut, pelantun lagu Amboi itu berkata dia sangat mengagumi dengan keperibadian penyanyi tersebut yang merendah diri walaupun sudah lama berada di dalam industri.

    Saya sangat tersentuh dan dia sangat sempoi orangnya. Dia berbual guna ‘gua’ dan ‘lu’. Pada dia semua orang dalam industri ini sama tahapnya.

    Kita dengar dia daripada sekolah, jadi panggil dia abang tapi dia tak suka.

    MENARIK:  [VIDEO] Didakwa Seakan Tak Mahu Dengar Nasihat, Netizen Tegur Reaksi Muka Kieda Crepe – ‘Masuk Telinga Kanan Keluar Telinga Kiri’

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah