29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Elizabeth Tan Seloroh Cari ‘Boyfriend Online’, Lelaki Melayu Pandai Main Mobile Legends – ‘Tak Kisah Saya Ini Isteri Orang’

    Shopee Sale

    Perkongsian di Threads milik pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan yang meluahkan hasrat mencari teman lelaki secara ‘online’ telah menuai perhatian ramai wargamaya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elizabeth Tan Terpaksa ‘PJJ’, Suami Bertugas Di Perak Sejak Januari – ‘Ada Ruang Untuk Kami Saling Merindui’

    Cari BF online

    Menerusi hantaran tersebut, Elizabeth, 32, turut menyenaraikan beberapa kriteria buat calon ‘boyfriend’, antaranya perlu mahir bermain permainan video Mobile Legends (ML).

    Mencari teman lelaki online, lelaki Melayu yang power ML. Boleh layan mesej clingy saya, minimum satu game ML sehari, tak kisah saya ini isteri orang (sebab suami saya pun tak kisah dan dia malas layan saya).

    Umur minimum 25 tahun, tapi lebih baik kalau tua sikit. Plus point kalau suara macho dan deep.

    Dalam perkongsian sama, penyanyi lagu Knock Knock itu turut menyatakan ‘ganjaran’ yang bakal diberikan kepada lelaki berkenaan berupa kasih sayang serta perhatian.

    MENARIK:  [VIDEO] Amyra Rosli Pantau Anak & Komunikasi Dengan Guru – ‘Kita Kena Pesan Pada Mereka Jangan Membuli’

    Malah, Elizabeth turut berseloroh bahawa dia sanggup membelanja ‘diamond’ sekiranya calon tersebut menunjukkan prestasi cemerlang dalam permainan video berkenaan.

    Bayaran, kasih sayang dan perhatian. Kalau you perform, saya belanja you banyak diamond.

    Perkongsian itu nyata mencetuskan reaksi wargamaya, khususnya dalam kalangan lelaki yang dilihat tidak melepaskan peluang untuk mencuba nasib. Begitu pun, ramai memahami hantaran itu sekadar gurauan.

    Sumber: Threads

    The post Elizabeth Tan Seloroh Cari ‘Boyfriend Online’, Lelaki Melayu Pandai Main Mobile Legends – ‘Tak Kisah Saya Ini Isteri Orang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah