Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan tampil mengulas selepas namanya disenaraikan netizen sebagai antara selebriti yang kurang berkebolehan dalam bidang nyanyian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elizabeth Tan Simpan Hasrat Timang Dua Cahaya Mata Sebelum Usia 35 – ‘Sekarang Satu Pun Tiada, Ibu Bapa Dah Tua’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elizabeth Tan Kongsi Perjalanan IVF, Tiga Tahun Usaha Timang Cahaya Mata
Sedar tidak power vokal

Ketika ditemui , Elizabeth atau nama penuhnya, Elizabeth Tan Su Mei akui dirinya bukanlah seorang penyanyi yang hebat malah tidak pernah mengikuti sebarang kelas vokal.
Dedah Lizzy, dia pernah terlintas untuk menjadikan penyanyi Ernie Zakri sebagai guru vokal namun hasrat tersebut tidak kesampaian berikutan kekangan masa.
Saya tak pernah cakap saya hebat nyanyi. Saya tidak pernah dilatih atau pergi kelas vokal.
Saya ada terfikir nak berguru dengan Ernie Zakri tetapi ketika itu saya rasa dia sedang sibuk.
Lizzy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengenalan pelakon Pemuja Syaitan yang berlangsung di Hextar Empire World, baru-baru ini.
Ton suara yang unik

Mengulas lanjut mengenai ton suaranya, pelantun lagu Semua Sudah itu akui bangga dengan karakter vokalnya yang disifatkan istimewa dan unik.
Dalam pada itu, Lizzy memaklumkan kebanyakan lagunya agak sukar untuk dinyanyikan secara langsung sekali gus menjadi antara faktor dia kurang menerima tawaran untuk membuat persembahan di majlis terbuka.
Saya percaya ton suara saya agak istimewa dan unik. Kalau dengar di radio dah boleh tahu itu suara saya.
Saya bangga dengan ton suara saya. Tak semua orang ada tapi dari segi teknik nyanyian, saya tahu saya tidak pandai sebab itu saya tak banyak buat show.
The post Elizabeth Tan Sedar Tak Hebat Menyanyi, Dedah Tak Pernah Masuk Kelas Vokal – ‘Saya Bangga Dengan Ton Suara Saya’ first appeared on OHBULAN!.





