Anak kepada aktres terkenal, Allahyarhamah Azean Irdawaty iaitu Elza Irdalynna berkongsi detik cemas yang dilaluinya bersama ibu ketika menjalani penggambaran filem Anak Mami Kembali.
Artikel Berkaitan: Pendedahan Diari Peribadi Milik Allahyarham Azean Irdawaty Ini Buat Kami Menangis
Artikel Berkaitan: Benjy Ibrahim Meninggal Dunia Di Medan, Indonesia
Perkongsian anak Allahyarhamah


Menerusi perkongsian di Threads, Elza berkata, sepanjang penggambaran filem itu di Pulau Pinang, dia merupakan pembantu peribadi ibunya.
Menurut Elza, ketika hari kejadian, pelakon utama, Saiful Apek tiba lewat sehingga menyebabkan kru produksi filem perlu menukar lokasi penggambaran.
Kalau nak tahu, masa penggambaran di Pulau Pinang, saya ialah PA mama.
Suatu hari sepatutnya mereka shoot babak dengan Saiful Apek dekat jeti. Tapi dia bangun lambat.
Jadi mereka tukar. Buat penggambaran babak di lapangan terbang sebab sudah atur dengan admin mereka.
Bercerita lanjut, Elza difahamkan pada awalnya tempat tersebut dinaiki air banjir, sehinggalah dia menonton berita yang memaklumkan bahawa lokasi asal penggambaran mereka telah dilanda tsunami.
Petang itu, ada kru beritahu, ‘Batu Ferringhi banjir tadi, bot sampan semua naik dekat jalan.’
Saya terfikir, macam mana pantai boleh banjir? Tapi saya sambung saja kerja.
Malam itu tengah makan malam, mereka pasang berita. Tsunami melanda.
Kejadian yang berlaku pada 26 Disember 2004 itu semestinya membuatkan keseluruhan kru produksi terkejut, namun Elza bersyukur kerana dilindungi daripada benda alam tersebut.
Kami tergamam. Kalaulah kami tengah shooting dekat tepi pantai masa tsunami datang, tak tahulah kami ini masih hidup lagi atau tidak.
Jadi, secara tidak langsung Apek jadi hero ketika itu.
Sampai sudah kami tak boleh marah dia kalau datang lambat.
Sumber: Threads
The post Anak Arwah Azean Irdawaty Kongsi Hikmah Lokasi ‘Shooting’ Ditukar Gara-Gara Saiful Apek Lewat – ‘Buka Berita, Tsunami Melanda’ first appeared on OHBULAN!.





