Pelakon, Elfira Loy menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak terlalu menyalahkan diri sendiri apabila melakukan kesilapan dalam kehidupan.
Artikel Berkaitan: ‘Orang Selalu Cakap Saya Kuat, Tapi Sebenarnya Tidak’ – Elfira Loy
Artikel Berkaitan: Individu Kenang Arwah Ibu Elfira Loy Beri Tudung & Beg Tangan – ‘Dia Sedekah Dalam Bulan Ramadan Secara Senyap-Senyap..’
Usaha yang ikhlas

Menerusi perkongsian di Threads, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri mengingatkan bahawa Allah menghargai usaha hamba-Nya untuk terus mencuba.
Menurutnya, setiap usaha tetap bermakna meskipun seseorang masih melakukan kesilapan dalam proses memperbaiki diri.
Allah tidak mengharapkan kita untuk sentiasa sempurna. Dia melihat niat, usaha yang ikhlas serta setiap kali kita memilih untuk bangkit dan mencuba lagi, walau selepas berkali-kali jatuh dan tersasar.
Dalam pada itu, pelakon itu turut menasihati agar tidak terlalu menyalahkan diri sendiri sehingga menganggap segala usaha yang dilakukan tidak bermakna.
Jangan menganggap usaha yang dilakukan sia-sia, walaupun asyik membuat salah.
Sumber: Threads
The post Elfira Loy Titip Pesanan Buat Mereka Yang Sedang Memperbaiki Diri – ‘Jangan Anggap Usaha Kita Sia-Sia’ first appeared on OHBULAN!.





