Pempengaruh media sosial, Elcah memberi amaran terakhir kepada penyanyi, Syada Amzah supaya berhenti mengganggu rumah tangga dan keluarganya.
Artikel Berkaitan: Elcah Nafi Syada Amzah Punca Rumah Tangga Retak – ‘Jangan Salah Faham, Dia Cuma Nak Tolong Kami’
‘Last warning’

Menerusi hantaran di Instagram, Elcah mendakwa Syada telah menyebarkan fitnah berkaitan dirinya dan meminta penyanyi itu berhenti melakukan perkara tersebut.
Last warning! Kepada Syada Amzah, berhenti daripada membuat panggilan kepada semua kawan-kawan aku untuk menyebarkan fitnah mengenai keluarga aku.
Segala perbualan telefon kau telah direkod dan aku dah memiliki bukti yang sangat kukuh.
Dalam pada itu, Elcah menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Syada sekiranya terus mencanang kisah keluarganya.
Malah, Elcah mendakwa nama baik serta reputasinya telah tercalar disebabkan perbuatan Syada.
Sekiranya kau teruskan, aku tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang (saman) kerana nama baik keluarga aku sudah calar akibat perbuatan kau.
Kau tak perlu jaga tepi kain aku, pergi lah cari kerja kalau kau bosan. Tapi jangan nak cerita fasal rumah tangga aku.
Sebelum ini aku masih menjaga nama kau sebab menghormati mama Zie (ibu Syada) dan kak Sha (Shila Amzah). Tetapi kali ini, cukup.
Terdahulu, Syada didakwa menjadi orang ketiga punca keretakan rumah tangga Elcah dan suami, Afi.
Malah, penyanyi itu didakwa pernah mengajak Elcah pergi ke kelab malam untuk menghilangkan bosan.
Begitu pun, segala dakwaan itu ditepis Elcah dan menafikan Syada menjadi punca konflik rumah tangganya bergolak.
Sumber: Instagram
The post Elcah Gesa Syada Amzah Henti Sebar Fitnah, Tidak Teragak Mahu Saman – ‘Nama Keluarga Aku Calar Sebab Perbuatan Kau’ first appeared on OHBULAN!.





