27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Edisi Penutup Karnival Jom Heboh x MSAM Gegar Stadium Merdeka 27 Hingga 29 November Ini

    Shopee Sale

    Karnival Jom Heboh (KJH) 2026 bakal melabuhkan tirai penganjurannya dengan penuh gemilang di lokasi bersejarah, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 27 hingga 29 November 2026.

    Artikel Berkaitan: Pertama Kali Buka Port Makanan Viral Di Jom Heboh JB, foodpanda Ada Banyak Merchandise Percuma Nak Bagi!

    Artikel Berkaitan: Nanas Kita, Kebanggaan Negara! Karnival Hari Nanas Malaysia x Jom Heboh 2025 Siap Sedia Gegarkan Johor

    Stadium Merdeka

    Edisi penutup kali ini tampil lebih istimewa menerusi kolaborasi strategik bersama Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

    KJH yang bermula tiga hari itu menggabungkan elemen pendidikan celik kewangan, aktiviti kekeluargaan serta hiburan, selain menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah lumayan termasuk hadiah utama berupa sebuah rumah teres dua tingkat di Suasana Bandar Ainsdale, sebuah kereta BYD Seal Performance dan pakej pelancongan bernilai RM50,000.

    Selain hadiah utama berkenaan, pengunjung yang memenuhi syarat penyertaan sepanjang karnival berlangsung turut berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah cabutan bertuah harian seperti Toyota Vios, Perodua QV-E, motosikal serta pakej percutian.

    Memasuki tahun ke-23 penganjurannya, KJH terus mengukuhkan kedudukan sebagai acara padang paling ikonik di Malaysia dengan pengiktirafan ‘Longest Running Outdoor Carnival’ oleh The Malaysia Book of Records serta rekod purata kehadiran melebihi 300,000 pengunjung di setiap lokasi.

    Bagi pengisian acara, pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti riadah dan pertandingan menarik termasuk Pertandingan Karaoke Drama Sangat, Buletin Challenge, Kids Colouring Contest serta sesi ramah mesra bersama barisan pelakon drama TV3 dan personaliti TV9.

    MENARIK:  Ayana Moon Terima Tawaran Sambung Pengajian Di Universiti Oxford – ‘Alhamdulillah, Ini Ijazah Kedua Saya’

    Kemeriahan edisi penutup itu turut diserikan dengan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma, aktiviti Zumba dan Jom Lokal Jam, sebelum memuncak menerusi penganjuran Konsert Jom Heboh pada malam Sabtu dan Ahad yang menampilkan barisan artis popular tanah air.

    Di samping reruai di bawah naungan Media Prima, lebih 150 reruai lain turut mengambil bahagian dengan menawarkan promosi serta hadiah menarik melibatkan jenama terkenal termasuk Maybank, Sime Darby, Fernleaf, Koko Krunch, Oatlife dan Grab, selain tarikan kulinari di Zon Foodpanda yang menghimpunkan aneka makanan viral serta sajian unik.

    Sementara itu, acara larian Jom Heboh Fun Run Lari Baik-Baik Bersama KWSP bakal melengkapkan siri penganjuran bagi tahun 2026 di Stadium Merdeka pada 29 November selepas menerima sambutan menggalakkan di Kota Samarahan, Miri dan Johor Bahru.

    Acara larian kategori lima kilometer (5KM) itu menawarkan jersi rasmi, pingat penamat eksklusif, beg tote, nombor bib serta cenderamata buat para peserta, di samping peluang memenangi 50 hadiah cabutan bertuah dan beramah mesra bersama barisan pelakon, personaliti Media Prima serta selebriti popular.

    Untuk maklumat lanjut, layari http://www.jomheboh.com.my atau ikuti kami di Facebook dan Instagram: @jomhebohofficial. Gunakan tanda pagar rasmi #KJH, #KarnivalJomHeboh, dan #KJHKL untuk berkongsi detik istimewa anda.

    The post Edisi Penutup Karnival Jom Heboh x MSAM Gegar Stadium Merdeka 27 Hingga 29 November Ini first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah