Pempengaruh media sosial Ayana Moon berkongsi berita gembira apabila menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di universiti berprestij dunia, Universiti Oxford.
Artikel Berkaitan: Viral Foto Ayana Moon Tanpa Hijab, Netizen Cakap Gambar Baru – ‘Tu Bukan iPhone 13 Ke?’
Artikel Berkaitan: Penampilan Terbaru Model Hijab Jadi Perhatian, Netizen Tanya ‘Kenapa Dah Tak Bertudung?’
Ayana Moon sambung belajar
View this post on Instagram
Ayana atau nama lengkapnya Ayana Jihye Moon memuat naik tangkap layar e-mel rasmi daripada universiti tersebut yang memaparkan dia ditawarkan tempat bagi program Sarjana Dasar Awam (Master of Public Policy).
Alhamdulillah, saya berjaya masuk ke Oxford untuk ijazah kedua saya. Saya sudah kongsikan kegembiraan ini dengan keluarga serta rakan terdekat, dan kini saya mahu maklumkan kepada anda semua.’
Menurut model dan ikon mualaf berasal dari Korea Selatan ini, setelah membuat pertimbangan dia akhirnya memutuskan untuk menyambung pengajian.
Dah lama sangat saya ‘run’ tanpa henti, dan saya dah pun fikir masak-masak tentang macam-macam pilihan yang ada.
Tapi selepas buat pertimbangan panjang, saya buat keputusan untuk mulakan babak baru hidup saya di Oxford! Demi kejar lebih banyak ‘A’ dan melahirkan lebih ramai lagi pemimpin Muslim. InsyaAllah, Ameen.
Ayana menyifatkan peluang ini sebagai satu lembaran baharu dalam hidupnya untuk terus menimba ilmu.
Sumber: Instagram Ayana Moon
The post Ayana Moon Terima Tawaran Sambung Pengajian Di Universiti Oxford – ‘Alhamdulillah, Ini Ijazah Kedua Saya’ first appeared on OHBULAN!.





