26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Edika Yusof Sedia Lafaz Cerai Hari Ini

    Shopee Sale



    Meskipun tidak reda, pelakon, Edika Yusof, bersedia menunaikan permintaan isterinya, Nor Hidayah Yusri yang ingin diceraikan pada Isnin.

    Berat hati

    Edika, 58, berkata, dia bersedia untuk melafazkan cerai meskipun berat hati untuk melakukan perkara itu.

    Jelasnya, dia masih mahu berusaha menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama 22 tahun daripada berakhir.

    Saya tidak reda untuk lafazkan cerai kepada dia. Siapa sahaja yang mahu rosakkan rumah tangga yang dibina.

    Tetapi saya sudah bersedia untuk memenuhi permintaan isteri saya kalau itu yang dia mahu.

    Edika berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.

    Dalam masa sama, Edika juga meluahkan rasa terkilan apabila masalah kesihatan isterinya yang didiagnos sebagai meningitis ataupun radang selaput otak tidak diambil kira oleh pihak berkaitan.

    Saya sudah lampirkan dokumen hospital berkenaan penyakit isteri saya. Ia memandangkan penyakit ini boleh menjejaskan mentalnya.

    Namun, tidak diambil kira. Saya tidak salahkan mana-mana pihak tetapi minta supaya faktor ini dapat dilihat.

    ‘Tiada harapan’

    Sementara itu, Hidayah yang hadir pada pukul 9.57 pagi bagaimanapun tidak meletakan sebarang harapan tinggi, sebaliknya berserah kepada takdir.

    Saya tidak ada sebarang harapan. Kita tengok sahaja apa yang berlaku.

    Pada 23 April lalu, Hidayah menyenaraikan 10 alasan yang menyebabkan dia membuat permohonan cerai terhadap Edika di hadapan hakim.

    MENARIK:  Trisha Ooi Dedah Sedang Diuji Dengan Fitnah, Mohon Doa Kuatkan Hati – ‘Benda Yang Tak Betul Mula Jejas Rezeki & Kerja’

    Kesemua sebab tersebut disifatkan perkara kritikal sehingga membuatkan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

    Untuk info, Hidayah memfailkan cerai terhadap Edika pada pertengahan Februari lalu.

    Imbas kembali, Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga selama 22 tahun dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah