Pelakon, Edika Yusof menyorot perhatian ramai apabila berkongsi luahan hati mengenai pengorbanan seorang ibu bapa terhadap anak-anak.
Artikel Berkaitan: ‘Yang Pakar Menjaga Bekas Isteri Adalah Saya, Ada Doktor-Doktor Panggil Untuk Kongsi Pengalaman & Tips’ – Edika Yusof
Pengorbanan ibu bapa
View this post on Instagram
Menerusi Instagram Story (IGs), Edika yang memuat naik swafoto dirinya seakan terkilan dengan sikap generasi muda yang dilihat seolah tidak menghargai jasa ibu bapa.
Kami ini adalah ibu bapa yang membesarkan kamu dengan darah daging sendiri.
Berdiri bersama setiap pengorbanan, dan memberi segala yang kami mampu.
Namun, kamu pergi tanpa sepatah kata.
Suatu hari nanti, kamu mungkin akan memahami beratnya hati seorang ibu bapa apabila anak yang telah diberikan segala-galanya memilih untuk berpaling.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada perkongsian tersebut ditujukan kepada individu tertentu ataupun sekadar pandangan umum dari Edika.
Posting Edika Yusof

Sumber: IGs Edika Yusof
The post Edika Yusof Kongsi Luahan Hati, Pesan Anak Muda Hargai Pengorbanan Ibu Bapa first appeared on OHBULAN!.





