28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya 36 Tahun, Belum Ada Rumah Sendiri’ – Farah Lee Pilih Hidup Bebas Riba

    Shopee Sale

    Aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee tampil berkongsi pandangan peribadinya mengenai dilema antara menyewa atau membeli rumah, terutamanya dalam kalangan orang muda.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Style Kacip Tapi Tak Sempat Sebab Banyak Komitmen’ – Farah Lee

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farah Lee Syukur Dikurniakan Fuad Hashim Sebagai Suami – ‘Sekarang Saya Tahu Bagaimana Rupa Hubungan Yang Sihat’

    Beli atau sewa?

    Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Farah atau nama penuhnya Nurfarahin Romli berpendapat bahawa membeli rumah sejak awal merupakan langkah bijak.

    Tetapi tindakan menyewa adalah wajar bagi mereka yang masih belum mempunyai perancangan tetap atau simpanan tunai yang mencukupi.

    Namun bagi dirinya, melibatkan diri dengan riba adalah kerugian yang jauh lebih besar, bukan sahaja di dunia, tetapi di akhirat.

    Sewa, selagi mana belum membat keputusan untuk menetap di mana dan cukup cash.

    Ramai orang akan cakap rugi tak beli rumah muda-muda tapi kalau sampai terpaksa buat pinjaman, kita dah terlibat dengan riba, lagi rugi dekat akhirat nanti.

    Farah Lee mahu langsaikan hutang sedia ada

    Farah turut mengakui, pada usia 36 tahun, dia masih belum memiliki rumah sendiri. Sebaliknya, dia sedang berusaha untuk melangsaikan pinjaman sedia ada demi mengamalkan kehidupan yang bebas riba.

    Sekian nasihat seorang akak yang umur 36 masih belum ada rumah sendiri dan sedang kerja keras untuk langsaikan pinjaman kereta untuk elak hidup dalam riba.

    Moga sentiasa ada barakah dalam rezeki yang halal walaupun sekadar cukup makan.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Song Ji-Hyo Muncul 10 Saat Sahaja Dalam Running Man, Penonton Kecewa Minta Keluar

    The post ‘Saya 36 Tahun, Belum Ada Rumah Sendiri’ – Farah Lee Pilih Hidup Bebas Riba first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah