Kalau korang jenis suka klik link yang nampak menarik, tolong hati-hati.
Apatah lagi, kalau dapat mesej WhatsApp daripada nombor tak dikenali, sebolehnya jangan balas dulu. Bahaya tau!
Sebab apa? Sebab kemungkinan besar… ini akan jadi punca duit korang lesap tanpa jejak.
Klik sekali… Apa je boleh jadi?
Bayangkan satu situasi mudah.
Korang nampak iklan di media sosial. Harga murah, barang nampak original, siap ada testimoni. Tanpa fikir panjang, korang tekan link yang disiarkan dan terus berhubung dengan penjual.
Mereka balas dengan pantas. Mesra. Meyakinkan.
Kemudian, korang diminta buat bayaran melalui satu pautan. Korang cuba login, tapi gagal. Lepas tu penjual bagi link alternatif untuk buat bayaran tapi korang perlu muat turun satu aplikasi.
Inilah salah satu modus operandi scammer dan dari sinilah segalanya bermula.
Kalau korang nak tahu, aplikasi tersebut sebenarnya bukan untuk bantu korang buat bayaran sebaliknya untuk mengambil alih telefon korang termasuk akses kepada mesej, perbankan, dan nombor TAC.
Lebih membimbangkan, pihak scammer juga boleh menjejak ketikan (keystroke) yang dilakukan oleh korang, menjadikan segala maklumat peribadi dan kata laluan mudah untuk dicuri.
Beberapa minit kemudian… duit dalam akaun mula “bergerak” tanpa korang sedar. Bahayakan? Tapi itulah, semuanya bermula dengan hanya satu klik.

“Bank kena jaga pengguna…”
Kita beranggapan bahawa isu scam ini adalah tanggungjawab bank.
Ada yang fikir, “Kalau kena scam, bank akan settle.”
Hakikatnya, usaha untuk melawan scam bukan kerja satu pihak sahaja.
Di Malaysia, hampir semua bank-bank di bawah Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang isu ini.
Ia usaha bersama yang digerakkan secara besar-besaran dari media sosial hingga ke komuniti akar umbi.
Sedihnya, masih ramai yang jadi mangsa kerana kesedaran sahaja tidak cukup kalau kita sendiri tidak ambil peduli.
“Scammer” tak perlu hebat, cukup korang percaya

Ramai ingat scammer ni pakar teknologi, ada sistem canggih dan sukar dikesan.
Sebenarnya, tak semestinya macam tu.
Kadang-kadang, mereka hanya perlukan satu perkara iaitu kepercayaan korang.
Selalunya scammer hanya tahu bagaimana nak bercakap, cara mendesak dan mereka bijak buat korang panik. Apabila dah panik, kebanyakan dari kita akan buat keputusan tanpa berfikir panjang.
Masa tu kita pun mulalah:-
- Klik link.
- Download aplikasi.
- Masukkan maklumat.
Semua ini berlaku dalam beberapa minit sahaja.
“Tak ada apa-apa kot…”
Punca ramai orang jadi mangsa scam bukan kerana mereka tidak bijak.
Tetapi kerana mereka fikir:
“sekali je, tak jadi apa-apa kot.”
Malangnya, scam tak perlu peluang kedua. Cukup sekali korang klik itu sahaja sudah cukup untuk membuka ruang kepada penipuan.
Dan sebenarnya, scam bukan hanya satu jenis. Ia datang dalam pelbagai bentuk antaranya:-
- Malware scam
- Penipuan di mana scammer menghantar link atau mengarahkan anda muat turun aplikasi mencurigakan untuk mencuri maklumat peribadi, mengakses akaun, dan mengambil duit secara senyap.
- Job scam
- Job scam ialah penipuan kerja di mana tawaran nampak menarik tapi sebenarnya scammer mahu mendapatkan maklumat peribadi dan duit. Berpotensi menjadi mangsa perdagangan manusia
- Phone scam
- Scammer menghubungi mangsa melalui telefon untuk menipu untuk maklumat peribadi, nombor akaun, atau TAC, yang akhirnya boleh menyebabkan duit atau simpanan hilang.
- Investment sc
- Menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa singkat, tetapi memperdaya mangsa supaya menyerahkan duit dan akhirnya mengalami kerugian.
- Love scam
- Berpura-pura ingin berkenalan dan menjalin hubungan untuk mendapatkan kepercayaan mangsa sebelum meminta wang atau sebagainya.
- Mule account scam
- Keldai Akaun. Scam ini terjadi apabila seseorang membenarkan akaun bank mereka digunakan bagi tujuan memindahkan wang haram. Selalunya mangsa akan dijanjikan dengan bayaran bulanan atau sebagainya.
Semua ini berbeza cara, tapi hasilnya sama. Korang akan mengalami kerugian berlipat kali ganda.
Nak selamat? Jangan cepat kena pujuk
Elakkan diri daripada menjadi sasaran mudah dengan beberapa langkah asas:

- Jangan klik link sebarangan
- Terutama daripada mesej atau iklan yang tidak dikenali , walaupun nampak meyakinkan. Kalau rasa tawaran tu macam, too good to be true, terus abaikan.
- Elak download aplikasi luar
- Aplikasi dalam bentuk APK atau daripada sumber tidak rasmi sangat berisiko. Muat turun aplikasi melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery sahaja
- Jangan kongsi maklumat perbankan
- Tiada pihak sah akan minta maklumat sensitif melalui WhatsApp atau panggilan biasa.
Sentiasa waspada dan ambil langkah berjaga-jaga dengan:-

- Semak sebelum percaya
- Ambil masa beberapa saat untuk berfikir, semak maklumat dan setiap butir yang dikirimkan kepada korang.
Langkah-langkah diatas nampak mudah, tapi ramai masih terlepas pandang.
Bila dah kena… Apa nak buat?
Jika korang dah kena scam, jangan tunggu.
Ambil tindakan segera:
- Hubungi bank secepat mungkin, sekat semua akaun korang.
- Laporkan kepada pihak berkuasa.
- Maklumkan kepada kenalan supaya mereka tidak terjebak perkara sama.
Lebih cepat korang bertindak, lebih tinggi peluang untuk mengurangkan kerugian.
Beri peringatan tanggungjawab penting
#JanganKenaScam bukan sekadar kempen nak menakutkan korang tetapi ia merupakan satu amaran agar kita ubah cara kita berfikir.
Daripada:
“Tak apa, bank ada…”
Kepada:
“Aku sendiri kena lebih berhati-hati.”
Sebab dalam dunia hari ini, keselamatan kewangan bukan hanya bergantung kepada sistem atau teknologi.
Ia bermula dengan satu keputusan kecil sama ada korang nak klik atau tidak.
Ingat.. pilihan di tangan kita.
Jangan sampai duit yang korang dah simpan untuk kegunaan pada masa akan datang lesap begitu sahaja. Masa tu semuanya sudah terlambat.
Jadi, sebelum korang jadi mangsa seterusnya, mungkin ini masa terbaik untuk berhenti sekejap… dan fikir, berbaloi ke satu klik tersebut?
Maklumat lanjut mengenai trend penipuan terkini boleh didapati melalui portal http://www.jangankenascam.com atau ikuti akaun media sosial rasmi @jangankenascamofficial di Instagram dan TikTok sekarang untuk menonton siri drama pendek terbaharu yang membongkar taktik kotor sindiket, menampilkan barisan pempengaruh seperti Adam Bakery, WanChai, Shah Zakaria dan ramai lagi.
The post Duit Lesap Dalam Satu Klik, Ini Modus Operandi Scammer Terkini first appeared on OHBULAN!.





