27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua Selebriti, Satu Vibe: Scha Alyahya & Hael Husaini Bawa Aura Minimalis & Elegan

    Shopee Sale

    Scha Alyahya dan Hael Husaini dipilih sebagai wajah kempen Amber LUXE: Luxe An Interpretation Collection kerana imej mereka yang eksklusif, minimalis dan elegan, seiring dengan konsep koleksi raya terbaharu jenama itu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tayar Kereta Masuk Lubang, Wanita Terharu Meerqeen & Hael Husaini Datang Bantu – ‘Terima Kasih Sangat!’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Scha Alyahya Bagi Ganjaran RM20, Lara Alana Gembira Nikmati Berpuasa

    Personaliti & ketelitian pilih jenama

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Amber, Datuk Adzliana Hasan, pemilihan kedua-dua selebriti ini bukan hanya berdasarkan populariti, tetapi juga cara mereka membawa diri, personaliti dan ketelitian dalam memilih jenama yang selari dengan definisi Luxe.

    Kalau kita tengok Amber LUXE, dia sangat simple tetapi nampak luxury.

    Sebab itu saya rasa konsep ini sangat bertepatan dengan Scha dan Hael. Bila mereka pakai, semuanya nampak on point.

    Luxe itu bukan bermaksud status, tetapi dari segi tekstur kain, pemilihan design dan keseluruhan rasa pakaian itu.

    Cara kita bawa diri dan baju itu sendiri perlu berjalan seiring.

    Sementara itu, Scha Alyahya pula menganggap peluang ini sebagai satu penghargaan terhadap perjalanan kerjayanya dalam industri hiburan dan perniagaan.

    Bagi saya, ‘Luxe’ itu bukan sahaja pada pakaian tetapi bagaimana kita membawa diri.

    Saya seorang yang santai, tetapi sangat teliti dalam memilih kerja dan jenama.

    Sebab itu bila diberi peluang ini, saya rasa ia satu penghargaan terhadap apa yang saya bina selama ini.

    Harga berpatutan

    Menurut Scha, konsep Amber LUXE juga menarik kerana memberi peluang kepada semua orang merasai pakaian eksklusif dengan harga berpatutan.

    Target Datuk Adzliana adalah semua orang boleh rasa bagaimana memakai pakaian Luxe, tetapi dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang sangat baik.

    Rekaan pula nampak berbeza, terutama untuk lelaki yang simple dan minimalist.

    Dalam pada itu, Hael Husaini berkata koleksi Amber LUXE turut mendapat sambutan hangat peminat, termasuk semasa diperkenalkan di acara CelebFest di Singapura.

    Alhamdulillah, untuk koleksi kali ini sambutan sangat baik. Ada rekaan yang cepat sold out, terutama masa acara di Singapura.

    Saya rasa peminat Amber memang tunggu koleksi seperti ini.

    Kesemua koleksi Amber Raya 2026 kini boleh didapati secara fizikal di butik Amber di IOI City Mall, Putrajaya, dan juga di laman web rasmi jenama tersebut.

    MENARIK:  Mira Filzah Tak Melatah Nama Tersenarai – ‘Siapa Dah Lama Follow Mesti Tahu Apa Yang Saya Repost’

    The post Dua Selebriti, Satu Vibe: Scha Alyahya & Hael Husaini Bawa Aura Minimalis & Elegan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah