29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Amyra Rosli Pantau Anak & Komunikasi Dengan Guru – ‘Kita Kena Pesan Pada Mereka Jangan Membuli’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara Amyra Rosli, sentiasa cakna dengan perkembangan anak-anaknya terutama di sekolah berikutan peningkatan kes buli dalam negara yang kian merunsingkan.

    Artikel Berkaitan: Amyra Rosli Selesa Dengan Berat 42 Kg, Sentiasa Kawal Pengambilan Gula – ‘Paling Berat Saya Pernah Cecah Adalah 45 Kg’

    Artikel Berkaitan: Amyra Rosli Akur Tiga Bulan Berjauhan, Doakan Perjalanan Amar Ke Umrah Naik Basikal Dipermudah – ‘Saya Serah Segalanya Pada Allah’

    Pantau anak

    View this post on Instagram

    A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

    Ketika ditemui , Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli, 33, bersyukur kerana anak-anaknya tidak pernah terlibat atau menjadi mangsa buli di sekolah mereka.

    Setakat ini anak-anak saya tidak pernah diancam dengan perkara sebegitu dan saya bersyukur.

    Anak-anak saya introvert, jadi mungkin tak ada sebab untuk tercetusnya buli di sekolah.

    Menurut Amyra, setiap ibu bapa perlu memantau tingkah laku anak-anak dan beri pendedahan kepada mereka tentang bahaya buli.

    Memang ada rasa takut, tetapi takut untuk melepaskan anak-anak ke sekolah kerana buli itu mungkin tidak.

    Kita juga perlu pesan pada anak-anak jangan membuli di sekolah dan jika dia dibuli kita kena jelaskan kepada mereka tindakan yang perlu diambil iaitu maklumkan kepada guru dan juga ibu bapa.

    Pelakon drama Sekam Di Dada itu turut mengambil pendekatan dengan sering berkomunikasi bersama guru bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

    Tak kisahlah anak kita bersekolah di mana pun, kes buli tetap ada tapi kita kena selalu pantau anak dan sering berkomunikasi dengan guru mereka.

    Saya sering berbual dengan guru dan bertanyakan tentang keadaan anak, terutama apabila saya melihat anak tiba-tiba jadi pendiam.

    Apa sahaja hal anak, jangan ambil sambil lewa. Inilah masa untuk kita ‘pegang’ dia, kalau tidak nanti anak akan bergantung kepada kawan-kawan mereka pula.

    Amyra berkata demikian semasa ditemui di Majlis Pelancaran Wajah Baharu Butik Amber di Wangsa Walk, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Kak KM ‘Berpeluh’ Ex BF Tengok Live, Siap Bagi Gift TikTok – ‘Duduk Pun Tak Tahu Dah Macam Mana’

    Kes buli

    Semasa disoal tentang kes buli yang berlaku di dalam negara, Amyra mengakui terkesan dan berpandangan bahawa kesedaran tentang isu itu perlu diterapkan kepada anak-anak.

    Saya berasa sangat sedih apabila mendengar tentang kes buli. Jadi pendapat saya, pihak sekolah perlu berikan kesedaran dan ajar anak-anak kita bagaimana untuk melindungi diri mereka.

    Jika perkara tersebut berlaku, ibu bapa perlu ambil tindakan pantas dan jangan terlalu bergantung kepada guru kerana mereka juga ada komitmen masing-masing.

    Dalam pada itu, isteri kepada aktor Amar Baharin tersebut turut menghadkan penggunaan gajet terhadap anak-anaknya supaya mereka tidak terlalu terdedah dengan perkara negatif di media sosial.

    Dari segi gajet pun saya pantau juga sebab ada kandungan yang membahayakan dan tidak sepatutnya mereka tonton.

    Hanya dalam sejam sahaja sehari iaitu selepas sesi persekolahan. Saya faham mereka seharian belajar di sekolah, jadi gajet itu untuk beri mereka rasa seronok selain bermain di luar rumah.

    Sekadar info, Amyra mendirikan rumah tangga bersama Amar pada 11 November 2016.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar, 8 dan Aura Aryssa, 5.

    The post [VIDEO] Amyra Rosli Pantau Anak & Komunikasi Dengan Guru – ‘Kita Kena Pesan Pada Mereka Jangan Membuli’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah