Doktor pakar kecantikan, Hana Rose menyifatkan bakal suami iaitu aktor, Pablo Amirul sebagai seorang yang penyayang dan sering mengutamakan dirinya dalam apa jua keadaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pablo Amirul Tetap Sayang Dr Hana Rose, Tak Pandai Masak Bukan Satu Masalah – ‘Saya Boleh Tolong Buat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pablo Amirul Teman Dr Hana Rose Tengok Konsert KRU – ‘Paling Jealous Sebab Dia Crush Dekat Edry’
Proses berkahwin

Ketika dihubungi , Dr Hana memaklumkan proses persiapan bagi majlis hari bahagianya berjalan dengan lancar.
Menurut Dr Hana, segala persiapan diserahkan kepada Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri bagi memudahkan urusan kedua belah pihak.
Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar. Semuanya saya serahkan kepada pilihan Pablo, kerana kalau boleh saya tidak mahu bebankan dia.
Saya hanya mahu hari bahagia ini diraikan bersama keluarga dan sahabat yang berada si samping saya ketika susah dan senang.
Walaupun jadual kami padat, Alhamdulillah ada pasukan yang sangat membantu di belakang kami.
Terharu apabila mereka sanggup terbang dari Sabah, Labuan dan Sarawak, sebab bukan semuanya orang senang.
Jatuh cinta dengan sifat Pablo

Menjawab mengenai cinta sejati, Dr Hana akui tidak mudah untuk menemui lelaki yang tepat.
Tambahnya, Pablo memiliki sifat yang baik sekali gus memberi keyakinan kepadanya untuk bergelar isteri kepada pelakon berusia 40 itu.
Mencari Mr Right tidak mudah. Apa yang membuatkan saya yakin adalah cinta Pablo sangat besar dan setia.
Ada satu momen di Itali yang membuatkan saya tersentuh di mana Pablo sanggup berkaki ayam selama tiga jam.
Saya pakai kasut tumit tinggi hampir lapan jam dan Pablo bagi saya pinjam kasutnya kerana kaki saya sudah sakit.
Selain itu, Dr Hana turut berdoa agar perkahwinan ini kekal hingga akhir hayat bersama insan yang sentiasa menyayanginya.
The post Dr Hana Rose Serahkan Persiapan Kahwin Kepada Bakal Suami, Sifatkan Pablo Sebagai Lelaki Setia – ‘Cinta Dia Sangat Besar’ first appeared on OHBULAN!.





