29 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dikejarkan Ke Hospital Kerana Strok, Napie Spider Selamat Jalani Pembedahan

    Shopee Sale



    Baru-baru ini, pemain gitar utama kumpulan Spider, Hanafi Hamdan atau Napie dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat diserang strok ketika berada di Studio Luncai Emas.

    Terbaru, Napie telah selamat menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh (HSB), kira-kira jam 9 pagi, semalam.

    Dah boleh menerima pelawat

    Menurut vokalis kumpulan Spider iaitu Tam, Napie sudah dipindahkan ke wad pengasingan di hospital berkenaan.

    Alhamdulillah, Napie sudah selamat menjalani pembedahan dan kini sudah ditempatkan di wad. Dia juga sudah boleh menerima pelawat.

    Menurut isteri Napie iaitu Nor Rasidah pula, ketika kejadian suaminya yang juga jurutera bunyi di studio terbabit sedang melakukan kerjanya sambil ditemani anak Datuk M Nasir iaitu Hidayat.

    MENARIK:  Ika Nabella Anggap Konflik Cik Epal & Jofliam Boleh Selesai Cara Baik, Risau Minda Han & Yuki Terganggu – ‘Tak Malu Ke Anak Tengok Depan Mata?’

    Sementara itu, Tam turut memohon peminat dan orang ramai membuat sedikit sumbangan bagi meringankan beban isteri dan anak-anak Napie.

    Tambah Tam, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Nor Rasidah sendiri.

    Moga Allah jua yang membalas amal kita bersama, Insya-Allah, terima kasih.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah