
Semalam, kecoh mengenai kemelut melibatkan usahawan piza Jofliam dan isteri Emira Delyati Dewi dengan bekas isterinya, Cik Epal sehingga menjadi bualan dalam kalangan netizen di media sosial.
Terbaharu, konflik yang tercetus itu turut meraih perhatian penyanyi dan pelakon, Ika Nabella.
Akan beri impak buruk pada anak

Menerusi aplikasi Threads, Ika atau nama lengkapnya Ika Nabella Abdul Rahim berpendapat kemelut itu sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara yang baik.
Kenapa susah sangat nak selesaikan perkara ini dengan baik? Jadilah lelaki.
Tak malu ke anak-anak tengok semua ini depan mata?
Tambah Ika, insiden itu akan memberi kesan yang buruk buat anak-anak mereka yang menyaksikan kemelut yang terjadi di hadapan mata.
Tak kisahlah apa pun yang jadi tapi suasana toksik di rumah boleh mengganggu minda anak-anak.
Walaupun jarang berlaku, tetapi pergaduhan antara ibu ayah pastinya akan timbulkan ketegangan dalam minda mereka.
Mereka akan rasa tak selamat macam kita takut tengok orang bertumbuk depan kita.
Drama macam ini akan memberi pelajaran yang salah buat mereka tentang cinta, kepercayaan dan cara untuk selesaikan masalah.
Sekarang mungkin okay tapi perkara ini akan melekat dalam minda mereka sampai tua.
Tegur Dewi?

Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia ini turut mengeluarkan satu pendapat dipercayai ditujukan kepada isteri Jofliam iaitu Dewi.
Bini tu pun pergi lah ‘me time’ ke apa, awak dah kahwin dah tak ada siapa lapar suami awak.
‘Be the bigger person’. Satu Malaysia tahu awak perosak rumah tangga orang, kenapa nak burukkan lagi keadaan? ‘Show some class for once’.
Terdahulu, Cik Epal mendakwa dikasari oleh Dewi ketika mengambil barang-barang miliknya di kediaman bekas suami, Jofliam.
Tidak berdiam diri, Dewi telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.
Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mengumumkan perceraian mereka pada 9 Oktober tahun lalu. Pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.





